NATIONAL
GLIC laksana dasar gaji kehidupan untuk semua pekerja tetap warganegara Malaysia

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bahawa langkah kolektif GLIC untuk melaksanakan gaji kehidupan wajar merupakan langkah penting. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) secara kolektif melaksanakan dasar gaji kehidupan, memastikan semua pekerja tetap warganegara Malaysia kini memperoleh pendapatan melebihi ambang gaji bulanan.
Ringkasan AI
- Enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), termasuk Khazanah Nasional dan KWSP, memastikan semua pekerja tetap memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada ambang gaji minimum.
- Penanda aras ditetapkan pada RM3,100 sebulan, lebih tinggi daripada gaji minimum RM1,700 yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.
- Selain gaji asas, majikan digalakkan menawarkan pampasan tambahan seperti penjagaan kesihatan, pelan persaraan, dan mekanisme simpanan untuk meningkatkan taraf hidup pekerja.
"Pelaksanaan gaji kehidupan wajar merupakan sebahagian daripada inisiatif GEAR-uP diterajui oleh Kementerian Kewangan dalam mencari usaha bersinergi merentas GLIC untuk memangkin pertumbuhan dalam sektor ekonomi utama di Malaysia dengan dua objektif 'meningkatkan siling' dan 'menaikkan lantai' (meningkatkan tahap).
"Penanda aras gaji kehidupan wajar telah ditetapkan pada kira-kira RM3,100 sebulan, iaitu lebih tinggi daripada gaji minimum bulanan RM1,700 diumumkan dalam Belanajawan 2025 dan dilaksanakan pada 1 Februari, 2025," kata kenyataan itu.
Ia berkata angka itu berdasarkan analisis perbandingan penggajian industri dan piawaian kos sara hidup seperti yang digariskan dalam Panduan Perbelanjaan Belanjawanku 2024/2025.
"Panduan Perbelanjaan Belanjawanku dibangunkan bersama oleh KWSP dan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial, Universiti Malaya, menyediakan anggaran perbelanjaan bulanan minimumdiperlukan untuk taraf hidup yang baik.
"Pendekatan gaji kehidupan wajar memperkasa majikan untuk menawarkan jumlah pampasan melebihi gaji asas, merangkumi pelbagai manfaat yang meningkatkan kualiti hidup individu termasuk penjagaan kesihatan, pelan persaraan dan mekanisme simpanan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami