awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Global Sumud Flotilla: Keadaan terkawal, Farah Lee minta orang ramai tenang

Bernama
Bernama
01/10/2025
08:26 MYT
Global Sumud Flotilla: Keadaan terkawal, Farah Lee minta orang ramai tenang
Farah Lee berkata semua peserta misi telah mendapat latihan mencukupi merangkumi aspek fizikal, emosi, mental, undang-undang dan media sebelum berlayar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peserta Global Sumud Flotilla (GSF) memaklumkan keadaan konvoi itu kembali terkawal dan meneruskan pelayaran ke Gaza, serta meminta orang ramai agar kekal tenang susulan laporan mengenai gangguan yang dialami misi itu.

Ringkasan AI
  • Keadaan konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) kembali terkawal selepas gangguan komunikasi pada salah satu kapal berjaya diatasi, dan pelayaran ke Gaza diteruskan.
  • Aktivis Farah Lee menegaskan semua peserta misi telah dilatih dari segi fizikal, mental, emosi, undang-undang dan media untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
  • Misi GSF disertai 34 rakyat Malaysia bersama aktivis dari 45 negara, membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan untuk memecahkan kepungan Gaza.

Aktivis kemanusiaan Nurfarahin Romli, 32, atau lebih dikenali sebagai Farah Lee berkata meskipun terdapat gangguan sistem komunikasi pada satu daripada kapal yang menyertai pelayaran itu semalam, namun insiden itu berjaya ditangani dan kapal GSF kini meneruskan pelayaran bersama-sama seperti biasa.
"Keadaan di sini tenang sahaja. Kami ingin mengajak semua untuk sentiasa tenang. Ini bukan untuk menakutkan atau mendebarkan (orang ramai), tetapi untuk memaklumkan keadaan sebenar di sini," katanya menerusi hantaran video di media sosial.
View this post on Instagram
A post shared by Farah Lee (@farahlee_)
Farah Lee berkata semua peserta misi telah mendapat latihan mencukupi merangkumi aspek fizikal, emosi, mental, undang-undang dan media sebelum berlayar bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan.
"Jangan risaukan kami, tetapi tetap doakan rakyat Gaza dan juga mereka yang ditindas di seluruh dunia," katanya.
Sebanyak 34 rakyat Malaysia menyertai misi GSF yang merupakan sebahagian daripada aktivis dari 45 negara yang belayar ke Gaza bagi memecahkan kepungan terhadap wilayah itu.
Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan yang menggesa peperangan dan krisis kebuluran dihentikan selain menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza.
Misi dan pergerakan semasa kumpulan ini juga boleh diikuti menerusi 'Sumud Nusantara Flotilla Tracker'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Global Sumud Flotilla
#Farah Lee
#Sumud Nusantara Flotilla Tracker'
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan