KUALA LUMPUR: Juara Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW), Emman Azman melakar kejayaan cemerlang buat negara selepas berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraan yang dimiliki pada Kejohanan Gusti New Breed di ibu negara, malam tadi.
Lebih manis, Emman diberi julukan 'Golden Boy' membuktikan kehandalannya di arena gusti selepas menewaskan ahli gusti Singapura, Endboss Gregory sekali gus menebus kekalahan selepas tewas di tangan lawannya itu empat tahun lalu di kejohanan gusti Grapple Max.
"Alhamdulillah, Emman berjaya mempertahankan tali pinggang kejuaraan yang dimenangi sebelum ini di depan rakyat Malaysia, di negara sendiri. Penat lelah Emman berlatih akhirnya berbaloi.
"Emman juga kagum melihat anak-anak muda tempatan seperti Miles Karu, Jack Alexander dan Tommy Ardhi menonjolkan bakat mereka bergusti dalam gelanggang. Ini menunjukkan kalau mereka boleh, anak-anak muda yang lain pun boleh," katanya ketika ditemui selepas kejohanan malam tadi.
Turut hadir pada perlawanan tersebut Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Yap Yee Vonne mewakili Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Kejohanan Gusti New Breed itu menghimpunkan 12 ahli gusti dunia dari lima negara iaitu Australia, Singapura, Filipina, Jepun dan Dubai.
Pada 26 Nov tahun lepas, Emman menjuarai Intercommonwealth MCW menewaskan Mick Moretti dan Adam Brooks pada usia 22 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023
Emman Azman menewaskan ahli gusti Singapura, Endboss Gregory sekali gus menebus kekalahan selepas tewas di tangan lawannya itu empat tahun lalu. - Facebook Emman Azman
Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.
AWANI Ringkas: Bantu siasatan kes kematian Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Sungai Bakap: Pas Pulau Pinang sudah ada senarai pendek calon
Pas Pulau Pinang sudah mempunyai senarai pendek calon yang akan bertanding dalam PRK Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Skuad sepak takraw negara terima insentif khas daripada MSN - Hannah
Pasukan sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kejayaan membanggakan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Gencatan senjata: Retorik?
Apa cara untuk pastikan usaha ke arah gencatan senjata kekal dapat dicapai untuk menamatkan konflik di Gaza?
Nvidia umum hala tuju bagi semikonduktor baharu, platform Rubin pada 2026
Nvidia umum pelan hala tuju terbaharunya bagi kelompok semikonduktor baharu yang disifatkan bakal tiba dalam 'one year rhythm' atau ritma setahun.
Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
Penggusti Malaysia korban sambutan Syawal demi impian di Australia
Emman Azman berkata, ia merupakan sesuatu perkara perlu dibiasakan sejak berkelana di negara tersebut empat tahun lalu.
Gusti profesional: Latihan singkat pada Ramadan tidak halang Emman cemerlang di NJPW
Beliau menewaskan Jarvis dengan gerakan istimewanya, KL Gold Running Elbow dalam perlawanan yang mengambil masa hanya 11 minit.
Emman Azman, ahli gusti professional pertama Malaysia sertai NJPW
Kejohanan yang bakal berlangsung di Melbourne itu menyaksikan Emman dijadual menentang ahli gusti dari Australia, Jarvis dalam perlawanan solo.
Emman ketuai cabaran negara di kejohanan gusti 'New Breed'
Emman akan berentap untuk mempertahankan tali pinggang kejuaraan menentang ahli gusti dari Singapura, Greg Glorious.
Emman Azman, juara gusti di Australia tiba di Malaysia esok
Emman mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi Melbourne City Wrestling Intercommonwealth pada 26 November lepas.