KUALA LUMPUR: Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda apabila mata mula hilang kemampuan untuk fokus kepada objek dalam jarak dekat.
Pakar oftalmologi Pusat Pakar Mata KPJ Dr Helen Tan Chen Chen berkata menurut kajian, gejala dikenali presbiopia pramatang (premature presbyopia) itu kini boleh dialami oleh 10 hingga 12 peratus golongan berusia 30-an dan lazimnya bermula pada umur 36 tahun.
Beliau berkata umumnya presbiopia berlaku secara semula jadi akibat proses penuaan apabila kanta mata mula mengeras dan kurang fleksibel sehingga menyebabkan penglihatan pada jarak dekat menjadi kabur.
Bagi presbiopia pramatang pula, Dr Helen menjelaskan ia boleh berlaku akibat pelbagai faktor termasuk kekerapan penggunaan gajet dan pekerjaan yang memerlukan penglihatan jarak dekat seperti tukang emas, tukang jam dan juruelektrik.
"Penggunaan gajet secara kerap menyebabkan penggunaan mata untuk melihat jarak dekat bertambah, terutamanya bila melihat gajet terlalu lama, jadi orang akan perasan rabun dekat itu lebih awal. Begitu juga dengan orang yang kerja mereka perlu lihat objek kecil terlalu dekat," katanya kepada Bernama.
Selain itu, Dr Helen berkata masalah hiperopia iaitu rabun dekat sedia ada yang tidak dirawat, masalah kesihatan seperti diabetes dan anemia, pendedahan kepada sinar UV secara berlebihan serta merokok dan ketagihan alkohol juga menjadi punca kepada presbiopia pramatang.
"Untuk hiperopia, contohnya memang sejak kanak-kanak dia sudah ada rabun dekat mungkin tahap kerabunan pada kadar 50 dan tidak pakai cermin mata, jadi apabila masuk umur 36 tahun dan ke atas, rabun dekat itu menjadi lebih ketara. Sebab itu mereka perlu pakai cermin mata rabun dekat lebih cepat.
"Sinar UV pula boleh menyebabkan kanta mata menjadi tidak fleksibel, manakala penyakit diabetes dan anemia memang boleh menyebabkan masalah penglihatan," katanya.
Dr Helen bagaimanapun menolak tanggapan bahawa cahaya biru daripada skrin telefon bimbit, televisyen dan komputer riba menyumbang kepada gejala rabun dekat.
Beliau berkata pendedahan kepada cahaya biru boleh menyebabkan masalah sukar tidur kerana ia menyekat rembesan melatonin iaitu hormon yang mengawal waktu tidur.
Bagi mencegah presbiopia pramatang, Dr Helen menasihatkan orang ramai untuk merehatkan mata secara berkala ketika menggunakan gajet, membaca atau bekerja dalam tempoh yang lama.
"Rehatkan mata sekurang-kurangnya 20 saat setiap 20 minit dengan melihat objek jarak jauh. Jangan sampai dua, tiga jam tidak rehatkan mata kerana ini boleh meningkatkan risiko rabun dekat," katanya.
Beliau berkata pemakanan sihat juga penting bagi mengawal penyakit diabetes dan anemia yang menjadi antara punca presbiopia pramatang, selain mengambil makanan tinggi antioksidan seperti lobak merah, labu, sayur-sayuran hijau seperti kailan dan brokoli serta buah-buahan seperti beri biru dan strawberi.
Bagi mengelakkan simptom mata letih akibat presbiopia, Dr Helen berkata selain penggunaan cermin mata dan kanta lekap, mereka yang mengalami masalah itu juga boleh mencuba rawatan pembedahan 'presbyond lasik'.
"Pembedahan ini dijalankan dengan membuat pembetulan penuh pada mata dominan bagi melihat objek jauh pada satu mata dan sebelah lagi kita akan tinggalkan sedikit power dalam 150 untuk membantu melihat dalam jarak dekat. Ini dipanggil monovision.
"Presbyond lasik agak popular sekarang yang mana teknologi ini menggunakan gabungan kaedah monovison dan penyimpangan sfera pada kornea untuk memanjangkan fokus penglihatan supaya dapat melihat jauh dan dekat," katanya.
Dr Helen juga menasihatkan orang ramai untuk membuat pemeriksaan mata jika mengalami simptom seperti ketegangan mata, sukar melihat dalam cahaya suram dan membaca tulisan kecil.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda. - Gambar hiasan
Kes penipuan tanah rizab Melayu: Saarani sedia beri kerjasama kepada SPRM
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad sedia memberikan kerjasama kepada SPRM sekiranya dipanggil berhubung kes penipuan status tanah rizab Melayu.
Polis kesan sindiket penipuan sasar warga emas, tawar pekerjaan sambilan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menawarkan pekerjaan sambilan dalam talian sebagai ejen tempahan hotel, kata Pengarah Jabatan Siasata
Kediaman keluarga Zayn Rayyan sekali lagi jadi tumpuan
Kediaman keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini sekali lagi menjadi tumpuan.
Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: Ujian air kencing, darah pemandu bas diambil
Ujian air kencing dan darah telah diambil terhadap pemandu bas persiaran yang membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat, Ahad.
Permintaan sarung tangan dijangka seimbang pada 2026
Kenanga Research menjangkakan permintaan bekalan sarung tangan hanya akan seimbang pada 2026 apabila tiada lagi kilang baharu dibuka pada masa akan datang.
IPP Malaysia: IPP terus meningkat sebanyak 6.1 peratus tahun ke tahun
Indeks Pengeluaran Perindustrian (I-P-P) Malaysia terus meningkat sebanyak 6.1 peratus tahun ke tahun pada April 2024, didorong oleh pertumbuhan output sektor pembuatan yang lebih tinggi.
Stok minyak sawit Malaysia naik 0.5 peratus pada Mei - MPOB
Stok minyak sawit Malaysia meningkat 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei 2024 daripada 1.74 juta tan metrik pada April 2024.
Sarawak terima geran penyelidikan dari Korea Selatan
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut mengumumkan penerimaan geran penyelidikan daripada kementerian kewangan dan ekonomi Korea Selatan untuk membangunkan pelan hala tuju hidrogen Sarawak.
Lima haiwan di Zoo Rimba Razia mati akibat cuaca panas
Hasrat untuk menambah haiwan di zoo itu terpaksa ditangguh sementara waktu memandangkan cuaca panas yang masih berlarutan.
Sarawak tubuh Pusat Kecemerlangan Tenaga Bersih
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan penubuhan Pusat Kecemerlangan Tenaga Bersih di Sarawak bertujuan mempelopori penubuhan dan pengurusan tenaga bersih di wilayah ini.
Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan
Empat tawanan Israel telah diselamatkan ketika tenteranya melancarkan misi serangan berdarah yang menyebabkan ratusan rakyat Gaza terbunuh.
Senarai hitamkan Israel adalah satu langkah yang tepat - PBB Palestin
Kata wakil Palestin ke PBB, Israel telah mengelak dari bertanggungjawab ke atas jenayahnya selama beberapa dekad.
Kanak-kanak perempuan lemas di taman tema air
Ibu mangsa memberitahu anaknya hilang dari pandangan ketika sedang mandi bersama ahli keluarga yang lain kira-kira 3.30 petang.
Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan
Keputusan tidak mewakili kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas faktor-faktor tertentu.
Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan
Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.