awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan

Agensi
Agensi
09/06/2024
01:00 MYT
Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan
Keempat-empat tawanan dilaporkan berada dalam "keadaan kesihatan yang baik" dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan susulan operasi penyelamatan yang rumit.
RAMAT GAN: Empat tawanan telah diselamatkan tentera Israel dari tengah Gaza ketika tenteranya melancarkan misi serangan berdarah yang menyebabkan ratusan rakyat Gaza terbunuh dan cedera.
Penduduk tempatan yang berlindung di Nuseirat berkata, berlakunya serangan udara oleh tentera Israel dan kanak-kanak antara yang terbunuh.
Tentera Israel berkata empat tawanan - Noa Argamani, 25, Almog Meir Jan, 21, Andrey Kozlov dan Shlomi Ziv; 40 telah diselamatkan.
Bagaimanapun, dalam serbuan di Nuseirat itu, pegawai kesihatan Palestin berkata,sekurang-kurangnya 210 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera.
Keempat-empat tawanan dilaporkan berada dalam "keadaan kesihatan yang baik" dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan susulan operasi penyelamatan yang rumit.
Mereka diselamatkan di dua lokasi berasingan di tengah-tengah Nuseirat.
Komander Israel, Arnon Zamora terbunuh dalam misi itu.
Bagaimanapun, Jurucakap Briged Qassam Hamas, Abu Obaida, berkata bahawa tawanan lain telah terbunuh semasa operasi berkenaan.
Operasi pada Sabtu itu merupakan misi terbesar menjejaki tawanan hidup sejak 7 Oktober, menjadikan jumlah tawanan yang diselamatkan kepada tujuh orang.
Minggu lalu, tentera Israel telah berkata bahawa 120 tawanan masih berada di Gaza, termasuk 41 yang dipercayai telah mati.
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant berkata misi berkenaan melalui siri tembakan hebat di persekitaran bandar paling kompleks di Gaza ketika tentera menyelamatkan tawanan.
Topic Berkaitan
#Israel
#Hamas
#Gaza
#Palestin
#Kanak-kanak
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan