awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google aktifkan pelayaran HTTPS secara lalai dalam Chrome mulai Okt 2025

Amanz
Amanz
30/10/2025
03:30 MYT
Google aktifkan pelayaran HTTPS secara lalai dalam Chrome mulai Okt 2025
Google akan mengaktifkan tetapan Always Use Secure Connections secara lalai dalam Chrome bermula Oktober 2025 untuk memastikan pengguna hanya melayari laman web HTTPS yang selamat.
Google dijangka memperkenalkan kemas kini Chrome versi 154 pada Oktober 2025, yang akan mengaktifkan ciri pelayaran laman web HTTPS sahaja secara lalai melalui tetapan Always Use Secure Connections.

Ringkasan AI
  • Google akan mengaktifkan tetapan Always Use Secure Connections secara lalai dalam Chrome bermula Oktober 2025 untuk memastikan pengguna hanya melayari laman web HTTPS yang selamat.
  • Ciri ini akan memberi amaran kepada pengguna apabila cuba mengakses laman HTTP yang berisiko terhadap serangan penggodam, perisian hasad, dan eksploitasi.
  • Menjelang April 2026, pengguna yang mengaktifkan Enhanced Safe Browsing akan menerima tetapan ini secara automatik, selaras dengan usaha Google meningkatkan keselamatan pelayaran web.

Dengan ciri ini diaktifkan, pelayar Chrome akan memaparkan amaran setiap kali pengguna cuba mengakses laman web yang tidak menggunakan protokol HTTPS.
Ini termasuk apabila pengguna mengetik pautan yang membawa ke laman web tidak selamat.
Laman web tanpa HTTPS berisiko tinggi untuk digodam, sekali gus membolehkan penyerang merampas navigasi dan memaksa pelayar memuatkan sumber berbahaya.
Ia boleh mendedahkan pengguna kepada perisian hasad, eksploitasi bersasar atau serangan kejuruteraan sosial.
Tetapan Always Use Secure Connections telah diperkenalkan sejak 2021 dan sebelum ini hanya diaktifkan secara manual oleh pengguna Chrome.
Langkah baharu ini bertujuan memastikan pelayaran lebih selamat secara automatik.
Menurut laporan ketelusan web Google, antara 95 hingga 99 peratus laman web kini menggunakan sambungan HTTPS.
Namun, bagi melindungi pengguna daripada risiko laman web HTTP, Google mengambil keputusan untuk mengaktifkan tetapan tersebut secara lalai.
Bagi pengguna yang mengaktifkan ciri Enhanced Safe Browsing, tetapan ini akan dipasang secara automatik apabila kemas kini Chrome versi 147 diperkenalkan, dijangka sekitar April 2026. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#Always Use Secure Connections
#Chrome
#laman web HTTPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan