awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google bangunkan ciri mod desktop untuk telefon Android - Umpama Samsung DeX

Amanz
Amanz
05/05/2025
04:30 MYT
Google bangunkan ciri mod desktop untuk telefon Android - Umpama Samsung DeX
Google sedang mengembangkan ciri mod desktop dalam Android 16 yang membolehkan telefon dihubungkan ke monitor untuk pengalaman seperti komputer. -Gambar hiasan/Amanz
GOOGLE sedia mengintegrasikan beberapa ciri popular daripada pengeluar Android lain terus ke sistem operasi utama Android, sekali gus membolehkan lebih ramai menikmati ciri berkenaan.

Ringkasan AI
  • Google sedang mengembangkan ciri mod desktop dalam Android 16 yang membolehkan telefon dihubungkan ke monitor untuk pengalaman seperti komputer.
  • Ciri ini serupa dengan mod desktop DeX Samsung.
  • Belum pasti bila ciri ini akan dilancarkan secara rasmi.

Terbaharu, melalui versi pembangunan Android 16 terbaharu, Google dilihat sedang bangunkan sebuah ciri khusus berbentuk mod desktop apabila telefon dihubungkan ke panel monitor.
Dengan langkah ini, peranti menjadi teras utama, dan membolehkan pengguna melakukan tugasan dengan mudah pada skrin besar – dengan antara muka selari sistem operasi komputer lain.
Ciri ini dilihat adalah lebih kurang sama seperti ciri mod desktop DeX yang ditawarkan Samsung melalui beberapa peranti Android mereka.
Melalui AndroidAuthority, pada versi pembangunan Android 16 terbaharu, Google menyertakan sokongan berkenaan, di mana apabila pengguna menghubungkan peranti ke panel monitor melalui sambungan USB-C, ia membolehkan pengguna mengakses mod desktop berkenaan.
Buat masa ini, tidak diketahui sama ada Google akan memperkenalkan ciri ini secara rasmi melalui Android 16, atau akan menangguhkannya untuk versi akan datang.
Bagi anda, adakah anda akan menggunakan ciri ini sekiranya ia ditawarkan melalui peranti anda? -Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#Android
#mod desktop
#DeX Samsung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan