awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google benar rakan sahkan identiti jika akaun dirampas penggodam

Amanz
Amanz
17/10/2025
05:15 MYT
Google benar rakan sahkan identiti jika akaun dirampas penggodam
Google memperkenalkan ciri Recovery Contacts yang membolehkan pengguna melantik individu dipercayai untuk bantu sahkan identiti jika akaun dirampas. -Foto Amanz
SAYA membuka akaun Google Gmail dua dekad lalu kerana pada waktu tersebut ia memberikan storan besar dan hanya insan yang menerima jemputan boleh menggunakannya.

Ringkasan AI
  • Google memperkenalkan ciri Recovery Contacts yang membolehkan pengguna melantik individu dipercayai untuk bantu sahkan identiti jika akaun dirampas.
  • Ciri Sign in with Mobile Number membolehkan pengguna ambil semula akaun Google menggunakan nombor telefon utama pada peranti Android yang baharu.
  • Kedua-dua ciri ini bertujuan melindungi akaun Google yang menjadi pusat identiti digital pengguna daripada ancaman penggodam dan kehilangan akses.

Sedikit demi sedikit akaun yang dibuka pada tahun 2005 ini menjadi tiang seri semua identiti atas talian daripada akaun media sosial ke log masuk perkhidmatan penstriman dan juga perbankan.
Jika akaun dirampas, semua aktiviti atas talian saya akan lumpuh. Maka kehilangan akses kepada akaun Google ialah mimpi ngeri dunia moden.
Google kini memperkenalkan ciri Recovery Contacts yang membenarkan anda melantik rakan rapat atau sanak saudara sebagai insan yang boleh mengesahkan identiti sekiranya akaun dirampas oleh penggodam.
Untuk menggunakan ciri ini, hanya nombor telefon individu yang dilantik sahaja diperlukan.
Selain itu Google juga memperkenalkan ciri mengambil semula akaun dirampas menggunakan Sign in with Mobile Number pada peranti Android.
Ciri ini ialah untuk pengguna yang kehilangan akses kepada akaun selepas peranti dicuri misalnya.
Untuk log masuk semula pada peranti baharu, hanya nombor telefon diperlukan dengan nombor ini perlu disahkan sebagai nombor telefon utama terlebih dahulu. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#Recovery Contacts
#sahkan identiti
#akaun dirampas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan