awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
Koperasi masjid di Malaysia: Memperkasa ekonomi ummah menjelang 2026
Mahkamah tolak permohonan tahanan rumah bekas presiden Brazil, diarah kembali ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google didenda 250 juta euro di Perancis kerana data latihan AI

Amanz
Amanz
21/03/2024
03:15 MYT
Google didenda 250 juta euro di Perancis kerana data latihan AI
Google didapati bersalah menggunakan tulisan milik media Perancis untuk melatih model Bard tanpa kebenaran pemegang harta intelek karya. -Amanz
GOOGLE telah didenda 250 juta Euro (~RM 1.3 bilion) di Perancis oleh badan anti monopoli negara tersebut disebabkan penggunaan data untuk melatih kecerdasan buatan (AI) Bard (kini Gemini).
Mereka didapati bersalah menggunakan tulisan milik media Perancis untuk melatih model Bard tanpa kebenaran pemegang harta intelek karya.
Google mengaku salah dan kini mengatakan mereka akan berhubung dengan media Perancis bagi menghubungkan orang ramai dengan kandungan berkualiti dan bekerjasama secara konstruktif dengan penerbit di negara tersebut.
Pada asalnya Google bersetuju menyelesaikan isu ini pada tahun 2022 dengan membayar pampasan $500 juta euro.
Namun begitu Google kemudiannya didapati melanggar empat daripada tujuh garis panduan yang dipersetujui ini mengakibatkan denda tambahan dikenakan lagi.
Isu penggunaan data milik penerbit dan media berlaku di seluruh dunia tetapi hanya mendapat perhatian pihak berwajib di negara maju seperti EU dan Amerika Syarikat.
Isu ini turut berlaku di Malaysia tetapi dengan garis panduan dan RUU mengenai AI di Malaysia masih lagi samar pengamal media tempatan hanya mampu melihat kerana tidak mempunyai saluran betul yang boleh digunakan bagi mendapatkan pampasan yang sama. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#kecerdasan buatan
#guna tulisan milik media Perancis
#latih model Bard tanpa kebenaran
#Bard Gemini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan