awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google perluas penawaran 'AI Mode' pada carian untuk pengguna seluruh dunia

Amanz
Amanz
22/08/2025
07:20 MYT
Google perluas penawaran 'AI Mode' pada carian untuk pengguna seluruh dunia
Mod AI memaparkan jawapan dalam bentuk penulisan bersama pautan, serta membolehkan pengguna memilih mod paparan lain melalui tab di halaman keputusan carian. -Amanz
GOOGLE sebelum ini telah melakukan ujian Mod AI pada enjin carian, sekali gus menawarkan pengalaman hasil carian yang dijana kecerdasan buatan, berbanding penyenaraian berasaskan senarai pautan sebelum ini.

Ringkasan AI
  • Google sedang memperkenalkan Mod AI secara berperingkat, bermula di Amerika Syarikat dan India, dengan paparan jawapan berasaskan AI menggantikan senarai pautan tradisional.
  • Buat masa ini, Mod AI hanya tersedia dalam bahasa Inggeris dan tidak akan muncul jika tetapan bahasa pengguna bukan bahasa Inggeris.
  • Mod AI memaparkan jawapan dalam bentuk penulisan bersama pautan, serta membolehkan pengguna memilih mod paparan lain melalui tab di halaman keputusan carian.

Mod AI ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan akan dinikmati pengguna seluruh dunia – selepas Google mengujinya di Amerika Syarikat dan India sebelum ini.
Walau bagaimanapun, buat masa ini, Mod AI hanya tersedia untuk pengguna dalam bahasa Inggeris sahaja.
Google masih belum menawarkannya untuk pengguna bahasa lain, membuatkan anda mungkin tidak melihatnya sekiranya tetapan bahasa anda adalah bukan bahasa Inggeris.
Dengan langkah ini, apabila anda melakukan carian menggunakan Mod AI, ia akan memaparkan jawapan dalam bentuk penulisan, selain menyertakan beberapa pautan melaluinya.
Pengguna turut boleh memilih mod paparan lain dengan pilihan tab pada halaman keputusan carian. Google dilihat menawarkan ciri ini selari dengan persaingan yang ditawarkan oleh ChatGPT dan Perplexity.
Anda boleh menyemak sama ada akaun anda telah diaktifkan dengan ciri ini atau sebaliknya dengan ke halaman Google AI Mode. -Amanz
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#Mod AI
#jawapan berasaskan AI
#bentuk penulisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami