Google umum Project Aura, cermin mata Android XR saingi Meta

Cermin mata ini menggunakan cip Snapdragon XR2 Plus Gen 2 dengan FOV 70 darjah, disambungkan kepada modul pemprosesan menggunakan kabel, membolehkan pengguna menonton video maya dalam dunia XR. -Foto Amanz
AWAL pagi tadi, Google memperkenalkan Project Aura, sepasang cermin mata realiti lanjutan (XR) yang menggunakan sistem Android XR.
Ringkasan AI
- Google memperkenalkan Project Aura, sepasang cermin mata realiti lanjutan (XR) yang menggunakan sistem Android XR, dibangunkan dengan kerjasama XReal.
- Project Aura menawarkan pengalaman serupa Galaxy XR tetapi bersaiz lebih kecil, ringan, dan menggabungkan dunia sebenar dengan elemen XR tanpa skrin di hadapan mata.
- Cermin mata ini menggunakan cip Snapdragon XR2 Plus Gen 2 dengan FOV 70 darjah, disambungkan kepada modul pemprosesan menggunakan kabel, membolehkan pengguna menonton video maya dalam dunia XR dan menggunakannya bersama komputer Windows sebagai skrin tambahan.
Walaupun hadir dalam bentuk cermin mata, Project Aura menawarkan pengalaman sama seperti Galaxy XR yang dilancarkan beberapa bulan lalu.
Perbezaannya ialah ia bersaiz lebih kecil, jauh lebih ringan dan menggabungkan dunia sebenar dengan elemen XR tanpa memerlukan skrin di hadapan mata.
Pengguna bukan sahaja boleh menonton video maya yang terapung dalam dunia XR, tetapi juga menggunakannya bersama komputer Windows sebagai skrin tambahan.
Project Aura dijangka dilancarkan tahun depan bersama sebuah lagi cermin mata yang hanya menyokong audio tetapi masih menggunakan Android XR.
Google turut mengumumkan kerjasama dengan Samsung dan Gentle Monster untuk menawarkan cermin mata Android XR pada tahun depan, sekali gus memberikan persaingan kepada Meta yang kini mendominasi pasaran cermin mata pintar. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keistimewaan Project Aura yang membezakannya daripada Galaxy XR? A: Project Aura menawarkan pengalaman yang sama seperti Galaxy XR tetapi bersaiz lebih kecil, jauh lebih ringan, dan menggabungkan dunia sebenar dengan elemen XR tanpa memerlukan skrin di hadapan mata.
- Q: Apakah perbezaan utama antara Project Aura dan cermin mata lain yang menggunakan Android XR? A: Project Aura turut menggunakan cip Snapdragon XR2 Plus Gen 2 dengan sudut pandangan 70 darjah, dan ia disambungkan kepada modul pemprosesan menggunakan kabel. Selain itu, pengguna boleh menggunakannya bersama komputer Windows sebagai skrin tambahan.
- Q: Apakah perkembangan terkini berkaitan dengan pelancaran Project Aura? A: Project Aura dijangka dilancarkan tahun depan bersama sebuah lagi cermin mata yang hanya menyokong audio tetapi masih menggunakan Android XR. Google juga bekerjasama dengan Samsung dan Gentle Monster untuk menawarkan cermin mata Android XR pada tahun depan, mencipta persaingan dengan Meta dalam pasaran cermin mata pintar.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

