awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GPM lancar tabung bantuan kemanusiaan konflik Afghanistan

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2021
17:00 MYT
GPM lancar tabung bantuan kemanusiaan konflik Afghanistan
Afghanistan merekodkan peningkatan konflik susulan kemaraan kumpulan Taliban yang kini sudah menguasai sebahagian besar negara berkenaan. - Gambar fail/AP
KUALA LUMPUR: Global Peace Mission (GPM) Malaysia memberikan komitmen awal bantuan kemanusiaan berjumlah RM50,000 untuk Afghanistan.
Badan bukan kerajaan (NGO) itu juga memaklumkan telah melancarkan Tabung Peduli Afghanistan dengan sasaran pengumpulan dana sumbangan kecemasan sebanyak RM1 juta bagi bantuan makanan, perlindungan (shelter), sanitari dan kit kebersihan kepada rakyat Afghanistan yang terjejas, menurut GPM dalam satu kenyataan.
“GPM turut menyeru rakan-rakan NGO Malaysia untuk bersinergi di dalam usaha penghantaran bantuan kemanusiaan ke Afghanistan di samping mengajak syarikat-syarikat korporat, swasta mahupun orang perseorangan bagi menyokong usaha yang digerakkan oleh GPM ini,” jelas GPM.
GPM turut menyeru agar gencatan senjata dilancarkan di Afghanistan.
Afghanistan merekodkan peningkatan konflik susulan kemaraan kumpulan Taliban yang kini sudah menguasai sebahagian besar negara berkenaan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan konflik ini akan menyaksikan jumlah korban jiwa yang paling tinggi dalam satu tahun sekiranya pertempuran dan keganasan yang sedang berlaku pada ketika ini tidak diredakan dengan segera.
Topic Berkaitan
#Global Peace Mission
#GPM Malaysia
#bantuan kemanusiaan
#Afghanistan
#Tabung Peduli Afghanistan
#Taliban
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan