KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga Pilihan Raya Umum seterusnya.
Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sokongan itu penting agar wujud kestabilan yang membolehkan Kerajaan Persekutuan mentadbir dengan lebih fokus.
"Kami memberi anda (Anwar) sokongan penuh dan memiliki Kerajaan Persekutuan yang stabil sehingga pilihan raya seterusnya, " kata beliau semasa berucap di Majlis Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan, di sini, malam ini.
Selain Anwar, Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar turut hadir sebagai tetamu kehormat di acara itu.
Abang Johari berkata walaupun Sarawak dan Sabah menuntut beberapa perkara khususnya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), ia tidak bererti kedua-dua negeri itu termasuk Semenanjung Malaysia tidak boleh bekerjasama demi Malaysia.
"Penubuhan Kerajaan Perpaduan adalah bukti perbezaan tidak menjadi penghalang ke arah perpaduan," katanya.
Beliau berkata Kerajaan GPS di Sarawak turut berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah menunjukkan kesediaan mengembalikan hak-hak Sarawak dan juga Sabah, seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan MA63.
Katanya perkara itu adalah kehendak keseluruhan rakyat Sarawak supaya hak dan keistimewaan Sarawak dalam Perlembagaan dan MA63 terus dihormati dan dilaksanakan seperti dipersetujui oleh para pemimpin kemerdekaan pada tahun 1963.
"Sarawak mungkin dituduh bersikap kedaerahan dengan tuntutan-tuntutan tersebut tetapi rakyat Sarawak hanya mahu hak Sarawak dan tidak berniat untuk merampas hak orang lain," katanya.
Sementara itu, Abang Johari berkata tarikh 16 Sept dan 31 Ogos sama penting kerana kedua-kedua tarikh itu saling berkait dari segi kepentingannya kepada kewujudan negara ini.
"Secara peribadi, saya kira tidak perlulah kita berdebat panjang lebar mengenai tarikh-tarikh ini tetapi memberi fokus kepada usaha penyatuan wilayah-wilayah dan penyatuan bangsa di samping memastikan pembangunan dilaksanakan sama rata di setiap wilayah.
Selain itu, apa yang penting ialah Perayaan Hari Malaysia sepatutnya menyedarkan seluruh rakyat Malaysia bahawa bumi Malaysia itu wujud dari Kangar hingga ke Kuching dan terus ke Kota Kinabalu di bahagian Timur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023
Abang Johari berkata, sokongan itu penting agar wujud kestabilan yang membolehkan Kerajaan Persekutuan mentadbir dengan lebih fokus. - Bernama
Pemimpin dunia sampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi
Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong pada Selasa.
Pereka grafik didakwa sembunyi wang lebih RM100,000 milik seorang lelaki
Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah lebih RM100,000 milik seorang lelaki.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Kereta 'sangkut' di jambatan gantung gara-gara GPS
Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya 'tersangkut' di jambatan gantung gara-gara mengikuti arah jalan menerusi aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM
Perdana Menteri berkata, Abang Johari turut mengulangi pendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.
GPS kekal kuasai DUN Jepak
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu.
Hari pengundian PRK Jepak ibarat duduki 'peperiksaan' - Calon GPS
Iskandar Turkee menyifatkan hari pengundian pada 4 Nov ini ibarat menduduki peperiksaan kenaikan pangkat sewaktu dalam perkhidmatan awam.
PRK Jepak: Manifesto GPS tawar 14 aku janji
Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini melancarkan manifestonya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
GPS tak mungkin capai kekuatan sekarang tanpa perpaduan ahli
GPS tidak mungkin dapat mencapai kekuatan politik yang dikecapinya sekarang, jika ahlinya gagal memupuk perpaduan dalam kalangan mereka.
Iskandar sudah tahu apa perlu dilakukan di Jepak
Iskandar menjadi pilihan GPS sebagai calon untuk mengekalkan kerusi DUN Jepak dalam PRK ini.
PRK Jepak: BN sedia bantu GPS jika diminta - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak sekiranya diminta berbuat demikian.
PRN: Menteri, Timbalan Menteri GPS akan bantu calon Kerajaan Perpaduan - Abang Jo
Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dipersetujui susulan mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu malam ini.
GPS putuskan cara bantu Kerajaan Perpaduan dalam PRN enam negeri malam ini - Fadillah
Pucuk pimpinan GPS akan memperincikan strategi kempen bagi menyatakan sokongan kepada calon parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan menjelang PRN nanti.