GADGETS
Grab uji ciri Saver Shuttle di kawasan Putrajaya

Grab sedang menguji perkhidmatan Grab Saver Shuttle di Putrajaya, menawarkan pengangkutan berkongsi mampu milik untuk perjalanan pergi dan balik dari Putrajaya Sentral ke kawasan terpilih. -Amanz
JIKA anda bekerja ataupun menetap di kawasan Putrajaya, Grab kini dilihat sedang menguji sebuah ciri pengangkutan berkongsi baru yang dinamakan Grab Saver Shuttle.
Ringkasan AI
- Grab sedang menguji perkhidmatan Grab Saver Shuttle di Putrajaya, menawarkan pengangkutan berkongsi mampu milik untuk perjalanan pergi dan balik dari Putrajaya Sentral ke kawasan terpilih.
- Perkhidmatan ini beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 7 pagi hingga 7 petang, dengan tempahan hanya untuk satu pelanggan pada satu masa dan masa menunggu maksimum tiga minit.
- Grab Saver Shuttle menggunakan kenderaan seru-pandu sedia ada dan sedang diuji sebagai projek perintis untuk menilai keberkesanan perkhidmatan ini.
- Presint 1,2, 3, 4, 5, 8, 9, 18
- IOI City Mall
- UiTM Dengkil
Buat masa ini, pilihan pengangkutan Grab Saver Shuttle ini beroperasi dari Isnin ke Jumaat (tidak termasuk cuti umum) dari 7 pagi ke 7 petang.
Setiap tempahan Grab Saver Shuttle ini juga hanya boleh menerima satu pelanggan sahaja pada satu-satu masa.
Pemandu juga hanya akan menunggu selama tiga minit untuk ketibaan anda. Yuran lewat akan dikenakan sekiranya anda tiba lebih lewat daripada tempoh masa tersebut.
Kami dimaklumkan pihak Grab Malaysia bahawa kenderaan yang digunakan untuk perkhidmatan Saver Shuttle ini adalah kenderaan-kenderaan seru-pandu Grab sedia ada.
Buat masa ini, ia sedang diuji sebagai sebuah projek perintis, dan akan ditawarkan di kawasan sekitar Putrajaya Sentral terlebih dahulu untuk menguji keberkesanannya untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan yang selesa dan mampu milik. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami