Grab mewujudkan dua tabung khas yang dinamakan 'Partner Protection Fund' dan 'Partner Relief Fund' bagi menyokong rakan petugas pemandu dan penghantarnya.
Ketua Grab Malaysia, Sean Goh dalam kenyataan hari ini berkata, 'Partner Protection Fund' yang menawarkan bantuan sokongan sehingga RM1,000 tiap seorang pemandu atau rakan penghantar, adalah tabung perlindungan bagi membantu petugas yang disahkan positif jangkitan COVID-19, atau yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin.
"Sementara itu Grab 'Partner Relief Fund' sehingga RM300 tiap seorang pemandu atau rakan penghantar, akan membekalkan rakan petugas kami ini dengan baucar bagi membantu perbelanjaan isi rumah harian mereka.
"Baucar ini boleh digunakan untuk kebanyakan perkhidmatan Grab, sama ada bagi 'reload' perkhidmatan telefon bimbit atau membeli barang dapur penting dengan diskaun 50 peratus bagi keluarga mereka sepanjang tempoh berkenaan," katanya.
Menurutnya, Grab turut membekalkan petugas dengan penutup hidung dan mulut menerusi GrabBenefits dan telah bekerjasama dengan mereka untuk menjadikan dua amalan sebagai mandatori, yakni sanitasi tangan di kedai, dan pembungkusan rapi bagi mengelak kontaminasi dan tumpahan.
Goh berkata, Grab mengambil langkah-langkah yang imperatif untuk menjaga rakan penghantar mereka ini semasa mereka terus berkhidmat kepada pelanggan, terutama dengan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sementara itu, menurutnya, Grab bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk menyebar akses segera buat komuniti Grab kepada maklumat yang paling tepat dan pantas sebarang berita mengenai COVID-19.
Selain itu Grab turut membuat penghantaran "tanpa kontak" bagi meminimumkan risiko kontak fizikal bagi orang ramai dan rakan petugas kami, di mana semua perkhidmatan Food, Mart atau Pasar yang ditawarkannya, kini adalah 'tanpa tunai'.
Grab turut memperkenalkan Perlindungan COVID-19 yang boleh diperoleh oleh pelanggan Grab semasa mereka memilih Ride Cover hanya dengan bayaran 35 sen setiap perjalanan.
"Sila rujuk tanda insurans pada aplikasi Grab untuk maklumat lebih lanjut (mengenai Perlindungan COVID-19)," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020
Grab umum mewujudkan dua tabung khas bagi menyokong rakan petugas pemandu dan penghantarnya.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.