Skip to main content

Malaysia

Graduan OKU ILKBS diberi ruang ceburi sektor pekerjaan - Mohammed Taufiq

[TB]_ ILKBS_FB Taufiq Johari
Taufiq menasihatkan agar graduan segera beradaptasi dengan kecerdasan buatan, selain bukan sekadar mencari pekerjaan, sebaliknya berupaya mencipta pekerjaan. - Foto Facebook Taufiq Johari
Advertisement

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong graduan orang kurang upaya (OKU) termasuk individu autistik untuk menceburi sektor pekerjaan termasuk perkhidmatan awam selepas menamatkan pengajian di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari berkata, institusi itu kini mencatat kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 97 peratus.

“Kita ingin memastikan bahawa sasaran untuk mencapai sekurang-kurangnya satu peratus golongan OKU dalam perkhidmatan awam, kita sama-sama ingin menyokong perkara tersebut. 

“Di Menara KBS sendiri, kita memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk mengoperasikan kafe dan juga memberikan perkhidmatan. Itu satu daripada contoh,” katanya selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen ILKBS ke-21, di sini, pada Sabtu.

Mengulas pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0, beliau memaklumkan, setakat ini terdapat 180 memorandum persefahaman dengan pelbagai pihak bagi memperkukuh bidang ini, termasuk dalam sektor automotif dan elektrik yang meraih permintaan tinggi.

Bagi merealisasikan usaha itu, Taufiq menasihatkan agar graduan segera beradaptasi dengan kecerdasan buatan (AI), selain bukan sekadar mencari pekerjaan, sebaliknya berupaya mencipta pekerjaan.

Must Watch Video

Advertisement