awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
Ratusan ribu sertai perarakan Black Nazarene di Filipina
Kematian Zara Qairina buka mata aspek keselamatan, hanya 28 peratus CCTV sekolah berfungsi - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Graduan perlu kuasai kepakaran, kemahiran sosial untuk kekal relevan – CEO Astro

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2026
05:30 MYT
Graduan perlu kuasai kepakaran, kemahiran sosial untuk kekal relevan – CEO Astro
Euan (dua, kanan) tampil pada program CEO@Faculty di UiTM Shah Alam hari ini. -Gambar Astro AWANI.
SHAH ALAM: Graduan yang mampu kekal relevan dalam industri ialah mereka yang membina kepakaran kukuh dalam satu bidang, namun memiliki pengetahuan luas merentasi disiplin termasuk kemahiran sosial dan teknologi.

Ringkasan AI
  • Graduan perlu membina kepakaran kukuh dalam satu bidang sambil memiliki pengetahuan luas merentasi disiplin termasuk kemahiran sosial dan teknologi untuk kekal relevan dalam industri, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith.
  • Euan menegaskan bahawa 85 peratus kejayaan seseorang dalam kerjaya bergantung kepada kecerdasan emosi (EQ) berbanding kecerdasan intelek (IQ), yang merangkumi keupayaan bekerjasama, membina kepercayaan, dan mewujudkan persekitaran kerja positif.
  • Program CEO@Faculty yang dianjurkan oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) di UiTM bukan sekadar platform perkongsian pengalaman industri tetapi juga pelaburan jangka panjang dalam membentuk minda dan nilai graduan, memastikan pembelajaran yang relevan, aplikatif, dan bersifat realiti dunia pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, berkata pendidikan di menara gading penting, tetapi keupayaan meneroka pengetahuan baharu akan menentukan hala tuju masa depan seseorang.
“Apa yang sebenarnya tidak menjadi lapuk? Ia adalah keupayaan untuk berfikir secara kritis, kebolehan menyesuaikan diri dengan perubahan, serta ketahanan diri untuk terus bangkit dan tidak berputus asa walaupun gagal pada percubaan pertama … paling utama ialah mencari jalan untuk menjadi berguna,” katanya.
Euan berkata demikian semasa menyampaikan perkongsian bertajuk "Think Like a Generalist: A Graduate's Cheat Sheet to Survive the Workplace & Industry" di program CEO@Faculty di UiTM Shah Alam hari ini.
Malah, beliau turut menegaskan bahawa kira-kira 85 peratus kejayaan seseorang dalam kerjaya bergantung kepada kecerdasan emosi (EQ), bukannya tahap kecerdasan intelek (IQ).
Menurutnya, kecerdasan emosi merangkumi keupayaan untuk bekerjasama, membina kepercayaan, mempengaruhi orang lain serta mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan positif
“Hakikatnya, 85 peratus kejayaan anda ditentukan oleh faktor-faktor ini,” katanya lagi.
Euan turut mengambil contoh beberapa tokoh ternama di dunia yang pakar dalam pelbagai bidang
Euan turut mengambil contoh beberapa tokoh ternama di dunia yang pakar dalam pelbagai bidang
Menyentuh mengenai program CEO@Faculty yang dianjurkan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin berkata inisiatif itu bukan sekadar platform perkongsian pengalaman industri.
Sebaliknya, ia merupakan pelaburan jangka panjang dalam membentuk minda serta nilai graduan UiTM, selaras dengan usaha universiti menyediakan pembelajaran yang relevan dan aplikatif.
"CEO@Faculty membuka ruang pembelajaran yang lebih bermakna apabila pelajar dapat berinteraksi secara langsung dengan pemimpin industri.
“Pendekatan ini turut menyokong usaha universiti dalam memastikan pembelajaran yang bersifat aplikatif, relevan dan berteraskan realiti dunia pekerjaan,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
Program itu juga disertai ratusan pelajar serta pensyarah daripada FKPM, yang hadir untuk mendapatkan input terkini mengenai perkembangan industri dan cara mereka dapat menyesuaikan diri serta bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Topic Berkaitan
#UiTM
#Euan Smith
#Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro
#Shahrin Sahib Sahibuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami