awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Grok kelak boleh jana video sepanjang 30 minit, juga permainan video

Amanz
Amanz
09/09/2025
03:40 MYT
Grok kelak boleh jana video sepanjang 30 minit, juga permainan video
Perkembangan ini berpotensi mengubah landskap kecerdasan buatan janaan, menjadikan Grok sebagai platform AI multimedia yang lebih menyeluruh. -Foto Amanz
XAI MERUPAKAN syarikat memfokuskan kecerdasan buatan yang diterajui oleh Elon Musk.

Ringkasan AI
  • Grok Imagine kini membolehkan pengguna menjana video berdurasi 6 saat dan dijangka mampu menghasilkan siri video sehingga 30 minit pada masa akan datang.
  • Elon Musk merancang untuk memperluas fungsi Grok Imagine termasuk kebolehan menghasilkan permainan video, dengan pelancaran dijangka seawal 2026.
  • Perkembangan ini berpotensi mengubah landskap kecerdasan buatan janaan, menjadikan Grok sebagai platform AI multimedia yang lebih menyeluruh.

Ia sedia menguruskan media sosial X, selain turut menawarkan bot berasaskan kecerdasan buatan tersendiri, dinamakan Grok.
Baru-baru ini, Grok turut telah menambah ciri Grok Imagine, membolehkan pengguna menjana video berdurasi 6 saat melaluinya.
Tidak setakat itu, kini Elon Musk menjanjikan lebih banyak kemas kini akan datang untuk Grok melalui Grok Imagine.
Salah satunya adalah kebolehan menjana siri video sepanjang 30 minit menggunakannya.
Seperti ramai sedia maklum, pelbagai kecerdasan buatan janaan hanya menjana video sepanjang beberapa saat sahaja.
Dan sekiranya Grok Imagine boleh menjana video sepanjang 30 minit, maka ia akan mengubah landskap kecerdasan buatan janaan, selain membuka kepada penghasilan pelbagai rancangan video menggunakannya.
Tidak setakat itu, Elon Musk turut mengatakan pengguna juga boleh menghasilkan permainan video menggunakan Grok Imagine.
Permainan yang baik yang dihasilkan menggunakannya dijangka hadir seawal 2026.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan kejutan yang disediakan oleh Elon Musk melalui Grok. -Amanz
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Grok Imagine
#video sepanjang 30 minit
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan