awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GST mansuh, ini kata peniaga

Nazialita Geynna Maharan, Wafa Aula
Nazialita Geynna Maharan, Wafa Aula
22/05/2018
23:24 MYT
GST mansuh, ini kata peniaga
Rata-rata peniaga membeli respons positif mengenai pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan. - Gambar fail
Minggu lalu, kerajaan mengumumkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bakal ditetapkan pada kadar sifar bermula 1 Jun ini.
Keputusan itu telah mendapat kritikan dari pelbagai pihak termasuklah wakil dari Barisan Nasional mahupun dari pakar ekonomi.
Astro AWANI sempat mendapatkan pandangan daripada peniaga di sekitar Perak yang rata-rata memberikan respons positif mengenai hal ini.
Bagi peniaga muda, Muhammad Akram Shahbuddin beliau merasakan pemansuhan GST akan memberi lebih banyak ruang bagi golongan muda berpendapatan sederhana untuk menabung dan melakukan simpanan untuk masa depan.
“Selepas pemansuhan GST, kos hidup semakin rendah. Hal ini dapat dirasai terutama sewaktu kami beli baju dan makanan,” katanya.
Sementara itu, bagi peniaga Zurina Ahmad, dia menyifatkan kesan secara langsung mengenai implementasi GST pada Mac 2018 adalah rakan-rakannya yang terpaksa gulung tikar akibat sistem percukaian itu.
“Ada peniaga yang terpaksa tutup perniagaaan kerana barang semakin mahal kesan daripada GST,” ujarnya.
Peniaga Roslan Zainal Abidin pula berpendapat, pemansuhan GST membuatkan peniaga menjual barangan dengan harga yang lebih rendah seterusnya membantu pembeli membeli dengan harga yang murah.
“GST menyebabkan sesetengah harga barang menjadi mahal. Jadi dengan pemansuhan GST, saya rasa peniaga dan pembeli akan rasa lebih untung kerana dapat menjual dan membeli barang pada harga lebih murah," tambahnya.
BACA: GST: Pengguna diminta pantau harga barang bermula 1 Jun
Topic Berkaitan
#cukai
#GST
#kos sara hidup
#mansuh GST
#peniaga
#reaksi
#SST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan