awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GST: Masih belum dibincangkan - Ahmad Maslan

Sinar Harian
Sinar Harian
10/01/2023
11:03 MYT
GST: Masih belum dibincangkan - Ahmad Maslan
Sebarang perbincangan berkenaan pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) masih belum diadakan di peringkat Kabinet, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebarang perbincangan berkenaan pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) masih belum diadakan di peringkat Kabinet.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan cukai tersebut kepada negara juga masih tidak mempunyai sebarang keputusan.
“Saya tidak kata tidak. Yang saya kata, belum dibincangkan lagi. Tidak ada lagi perbincangan mengenai cukai seperti GST itu. Belum ada dibincangkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah cukai GST yang pernah diperkenalkan dahulu akan dilaksanakan semula.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyarankan kerajaan agar mempertimbangkan semula pelaksanaan GST bagi memastikan ekonomi negara terus mampan dan teguh.
Naib Presiden Muda, Zaidel Baharuddin berkata, sistem cukai GST lebih menyeluruh dan telus berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST).
Menurutnya, ia merupakan satu sumber pendapatan kepada kerajaan yang lebih stabil dan dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada cukai hasil minyak dan gas.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#GST
#pelaksanaan GST
#Ahmad Maslan
#SST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan