Pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperluaskan kepada semua bahan bacaan termasuk surat khabar selaras dengan usaha kerajaan meningkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan bagaimanapun memaklumkan, majalah dan buku-buku lain yang diklasifikasikan sebagai bukan bahan bacaan akan dikenakan GST apabila sistem percukaian baharu itu dilaksanakan pada 1 April ini.
"Sebelum ini diumumkan buku latihan, kamus, buku teks, buku rujukan, kitab agama, surat khabar termasuk surat khabar elektrik, buku bergambar, buku lukisan dn buku berwarna kanak-kanak dikenakan GST padar kadar sifar.
"Selain bahan bacaan, bilangan ubat dikecualikan GST di bawah Senarai Ubat-Ubatan Penting Nasional diperluaskan daripada 2,900 kepada 4,215 jenama ubat sementara cadangan Kementerian Kesihatan untuk memperluaskan lagi jenis ubat yang dikecualikan GST bagi penyakit tertentu akan dikaji," kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu lagi, yuran penyelenggaraan dan "sinking fund" yang dikecualikan dari GST ke atas rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah diperluaskan meliputi semua jenis bangunan kediaman yang dipegang di bawah hak milik strata.
Jelas kenyataan itu, perkhidmatan pendidikan yang dikecualikan GST diperluaskan meliputi pendidikan kemahiran yang disediakan oleh penyedia latihan kemahiran yang menjalankan program yang dilulus dan ditauliahkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006.
"Selain itu, dalam membantu kemudahan jagaan kesihatan swasta untuk mengurangkan kos untuk menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan, sebanyak 120 jenis peralatan perubatan yang dibeli oleh mereka diberi pelepasan GST.
"Susu formula bayi yang dikecualikan GST adalah bagi kategori umur 0 hingga 36 bulan serta meliputi semua jenis perisa.
"Semua jenis beras termasuk beras pulut, basmathi dan beras perang serta semua jenis gula seperti gula castor, kasar dan halus dikecualikan GST tanpa mengambil kira bentuk dan kaedah pembungkusan," ujar kenyataan itu.
Dalam pada itu, kata kenyataan itu lagi, badan bukan kerajaan dan institusi keagamaan yang terlibat sepenuhnya dalam aktiviti kebajikan atau keagamaan adalah tidak tertakluk kepada GST.
"Kementerian Kewangan berharap peluasan skop layanan GST pada kadar sifar, bekalan yang dikecualikan dan pelepasan di atas akan dapat memanfaatkan rakyat dan industri," kata kenyataan itu.
Astro Awani
Fri Mar 27 2015
Majalah dan buku-buku lain yang diklasifikasikan sebagai bukan bahan bacaan akan dikenakan GST apabila sistem percukaian baharu itu dilaksanakan pada 1 April ini.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST - Hui Ying
Sistem cukai kepenggunaan semasa iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mampu memberi kesan fiskal yang lebih cepat kepada negara berbanding pelaksanaan cukai nilai tambah seperti GST.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Belum ada cadangan laksana GST semula - Amir Hamzah
Kerajaan ambil kira kesan terhadap rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup ketika ini.
Kerajaan akan utamakan tambah baik sistem cukai semasa - Amir Hamzah
Kerajaan akan mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai semasa sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai baharu seperti GST.
Kutipan cukai Malaysia paling rendah di rantau ini
Malaysia tertinggal di belakang Singapura serta Thailand kerana kedua-duanya menggunakan sistem GST termasuk VAT.
Tiada rancangan laksana GST, kerajaan fokus subsidi bersasar - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak merancang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini dan tahun depan memandangkan ingin menumpukan kepada subsidi bersasar terlebih dahulu.
Kembalikan GST, naikkan cukai SST langkah kurang tepat - Ismail Sabri
Cadangan kerajaan untuk menaikkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dari enam kepada lapan peratus disifatkan sebagai langkah kurang tepat.
Tadbir urus baik paling utama dalam tangani penyelewengan, kebocoran - PM Anwar
Pencukaian bukanlah perkara yang paling utama untuk menangani penyelewengan dan kebocoran dana Kerajaan.
Kembalikan GST untuk elak pembaziran - Wee Ka Siong
Bagaimanapun, Wee berkata sistem e-invois adalah satu komponen dalam cukai GST yang diguna pakai sebelum ini.
Parlimen: 'Lupakan kisah lama, kembalikan GST' - Ka Siong
GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.