awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak bincang perkenal GST ganti pemotongan subsidi RON95 - Fahmi

Bernama
Bernama
29/08/2024
07:15 MYT
Kerajaan tidak bincang perkenal GST ganti pemotongan subsidi RON95 - Fahmi
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menafikan dakwaan terbabit kerana tiada sebarang perbincangan dilakukan berhubung perkara itu. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan cukai kepenggunaan yang menyeluruh, terutamanya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai alternatif untuk menghapuskan subsidi petrol RON95, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menafikan dakwaan terbabit kerana tiada sebarang perbincangan dilakukan berhubung perkara itu.
"Tidak, tidak pernah ada perbincangan," katanya ringkas ketika ditanya pemberita mengenai khabar angin itu selepas menghadiri sesi raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya di sini hari ini.
Fahmi berkata demikian sebagai mengulas sebuah artikel oleh media dalam talian yang mendakwa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan cukai kepenggunaan secara menyeluruh, dan bukannya melaksanakan pemotongan subsidi petrol RON95 sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan kewangan negara.
Artikel itu juga mendakwa Kabinet telah membincangkan perkara berkenaan kerana terdapat pandangan bahawa mengenakan GST mungkin lebih mudah dari segi politik berbanding menghapuskan subsidi petrol RON95 memandangkan Malaysia ialah pengeluar minyak dan kebanyakan rakyat menganggap petrol murah sebagai satu keperluan.
Sementara itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata Malaysia tidak berhasrat mengembalikan semula GST untuk meningkatkan hasilnya, sepertimana disarankan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Rafizi berkata terdapat banyak cara untuk mencapai pengukuhan fiskal dengan kumpulan berbeza yang menawarkan pelbagai perspektif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#GST
#ubsidi petrol RON95
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan