KUALA LUMPUR: Empat lelaki didenda antara RM30,000 dan RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Hakim N. Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Chua Vi Vern, 32; Lu En Ci, 25; Liew Kok Chun, 28, dan Kitmikael, 22, selaku Orang Kena Saman (OKS), dan memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
Chua didenda RM60,000 kerana mempunyai dua pertuduhan manakala tiga lagi individu masing-masing didenda RM30,000 atas satu pertuduhan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menggunakan 52 unit Sim Box tiada jenama dan model yang tidak diperakui oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 di tiga lokasi berbeza iaitu Spring Avenue Residensi, Residensi Kuchai Damai dan Kondominium Taman Dinasti antara 9 malam hingga 11.10 pagi pada 25 Nov 2021 dan 19 Jan 2022.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Peraturan-Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dan Peraturan 16 (3) peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 peraturan sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
Terdahulu, kesemua OKS yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum dengan alasan mereka mempunyai tanggungan keluarga selain tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.
Pegawai Pendakwa dari MCMC Nur Nazhzilah Mohammad Hashim memohon hukuman denda setimpal supaya memberi pengajaran terhadap kesemua OKS dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menggunakan 52 unit Sim Box tiada jenama dan model yang tidak diperakui oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000. - Gambar hiasan/ pexels
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Malaysia tidak campur urusan perniagaan syarikat pertahanan - MINDEF
Sebagai sebuah negara perdagangan bebas, Malaysia beri ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di negara ini.
TH prihatin tangani stres kalangan jemaah wanita
TH melalui Unit Kaunseling mengenal pasti beberapa faktor yang mengundang kepada masalah stres sekali gus menyumbang kepada isu kesihatan mental dalam kalangan jemaah haji wanita semasa musim haji tanpa mengira had umur dan latar belakang.
Undi awal: Jangkaan suasana politik pengaruhi pengundi
Untuk kita mendapatkan respon dan jangkaan awal suasana PRK Kuala Kubu Baharu ini bersmaa kita di talian, Mujibu Abd Muis, Penganalisis Politik UiTM.
AWANI Pagi: Gelombang baharu bantuan Malaysia buat Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry
Perkembangan fasa pertama misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza yang akan dilancarkan di Kaherah hari ini.
Perkembangan fasa pertama misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza yang akan dilancarkan di Kaherah hari ini.
PRK KKB: Dua pusat undi awal dibuka jam 8 pagi ini
Proses undi awal melibatkan 625 anggota polis serta 238 anggota tentera dan pasangan yang akan menunaikan tanggungjawab hari ini.
KPKT kenal pasti 18 lokasi bagi pembangunan loji WTE
Pembangunan loji itu akan menggunakan teknologi canggih dan terkini yang terbukti berjaya di beberapa negara Eropah selain China dan Jepun.
TVET perlu jadi pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara - TPM
Katanya, kursus TVET perlu dijadikan pilihan utama pelajar dan ibu bapa untuk pendidikan di peringkat tertiari.
Pertemuan bersama Hail di HKL detik terakhir - Salwa
Salwa berkata walaupun hadir pada bukan waktu melawat, beliau bersyukur urusan untuk melawat Hail telah dipermudah.
Doktor sedang kenal pasti jenis asid disimbah kepada Faisal
Hamidin berkata, doktor mahu melihat sejauh mana kekuatan asid itu.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
Pekerja swasta didakwa jual rumah tanpa lesen
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Menara HSC di Wangsa Maju di sini pada 23 Mei 2019.
Penganggur mengaku bersalah rompak wanita guna parang
Tertuduh, Mohd Fauzan Mat Ali, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Pemilik spa sediakan perkhidmatan klinik swasta haram didenda RM30,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM30,000 ke atas seorang pemilik spa kerana menyediakan perkhidmatan klinik perubatan swasta yang tidak didaftarkan, tahun lepas.
Juruteknik dipenjara enam bulan, denda RM12,000 hina kalimah Allah
Wai Loong hanya menjadi keyboard warrior serta tidak mengetahui kalimah Allah yang ditulis menghina agama Islam.
Mengaku dua tuduhan rasuah, peniaga didenda RM20,000
Dia didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada seorang pegawai TNB sebagai satu balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan.
CEO syarikat telekomunikasi didakwa tipu penganugerahan projek bernilai RM47.25 juta
Tertuduh didakwa atas dua pertuduhan menipu berhubung penganugerahan projek bernilai RM47.25 juta, tiga tahun lepas.