PORT DICKSON: Sebuah premis di Bukit Pelandok di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana disyaki melakukan penyelewengan minyak masak bersubsidi.
Operasi pada Rabu jam 12.05 tengah hari itu dilakukan pasukan penguat kuasa KPDNHEP Seremban dan Port Dickson serta polis dari Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan.
Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, ketika pemeriksaan, telah menemui 159 kotak mengandungi minyak masak paket satu kilogram dengan jumlah keseluruhan berat 2,703 kilogram.
"Minyak masak paket tersebut dipercayai dijadikan sebagai bahan asas di dalam proses penghasilan minyak sembahyang dengan dicampur bahan-bahan lain.
"Suspek dipercayai menggunakan minyak masak bersubsidi sebagai bahan asas untuk menghasilkan minyak masak sembahyang kerana harganya lebih murah berbanding dengan harga minyak masak industri demi untuk mengaut keuntungan," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Khamis.
Menurutnya, ketika diserbu seorang lelaki warga tempatan berusia 65 tahun yang bertanggungjawab terhadap premis turut ditahan untuk diambil keterangan.
Ujarnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati suspek telah menjalankan kegiatan itu di premis terbabit sejak setahun lalu.
"Kesemua barangan berkenaan dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM 6,757.50 telah disita.
"Barangan tersebut ialah barang kawalan yang merupakan barang berjadual dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
Tambah beliau, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mendapatkan maklumat pihak-pihak yang terlibat di dalam rantaian yang membekalkan minyak masak paket satu kilogram kepada kegiatan terbabit.
Ain Arjuna berkata, KPDNHEP Negeri Sembilan memandang serius terhadap penyelewengan minyak masak paket satu kilogram kerana ia seharusnya dijual dan dipasarkan untuk kegunaan isi rumah.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 27 2022
Ain Arjuna (tengah) menunjukkan minyak masak paket yang dirampas. -Foto Sinar Harian
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
Lelaki ditetak rakan akibat enggan beri pinjam duit
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menetak rakannya, selepas rakannya itu enggan meminjamkan wang, dalam kejadian di Bukit Pelandok, Port Dickson semalam.
Kerja pembinaan jambatan Sungai Sepang dijangka dimulakan tahun hadapan - Aminuddin
Ia termasuk isu membabitkan tanah milik persendirian di negeri ini, selain perlu mendapat persetujuan kerajaan Selangor berkaitan tanah jajarannya yang turut terlibat untuk projek berkenaan.
Guna minyak masak paket subsidi buat minyak sembahyang
Minyak masak paket tersebut dipercayai dijadikan sebagai bahan asas di dalam proses penghasilan minyak sembahyang dengan dicampur bahan-bahan lain.
Pengarah filem dikompaun RM10,000 jalani penggambaran di tempat awam
Kompaun terhadap lelaki berusia 59 tahun dibuat setelah polis menerima maklumat daripada orang awam terdapat penggambaran filem di kawasan terbabit kira-kira pukul 11.30 pagi.
Lori terbabas, empat tong asid nitrik tumpah di atas jalan raya
Sebuah lori yang membawa muatan enam tong asid nitrik terbabas menyebabkan empat tong bahan kimia itu terjatuh dan bocor.