awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guna nombor pendaftaran sekecil 'tag nama'

Bernama
Bernama
16/07/2017
01:50 MYT
Guna nombor pendaftaran sekecil 'tag nama'
Selain menggunakan nombor pendaftaran kecil, motosikal ditunggang remaja berkenaan tidak mempunyai cermin sisi serta tidak mempunyai ciri keselamatan lain. - Gambar hiasan
Tindakan seorang remaja lelaki yang menggunakan plat nombor bersaiz kecil seperti 'tag nama' membawa padah apabila ditahan dalam Op Motosikal di Jalan Bangsar di sini, awal pagi tadi.
Remaja berusia 20-an ketika ditemui pemberita berkata dia menggunakan nombor pendaftaran kecil memandangkan ia merupakan trend pengguna motosikal ketika ini.
"Memang tengok kawan-kawan lain pakai, sebab lain mungkin kerana takut kena saman ketika langgar lampu isyarat.
"Ini juga kali kedua saya ditahan polis trafik sebab tidak mempunyai lesen memandu," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati selain menggunakan nombor pendaftaran kecil, motosikal ditunggang remaja berkenaan tidak mempunyai cermin sisi serta tidak mempunyai ciri keselamatan lain.
Ketua Operasi ASP Mohd Hasbullah Saidin berkata penggunaan nombor pendaftaran 'fancy' (hiasan) dan bersaiz kecil sememangnya menjadi trend dalam kalangan penunggang motosikal pada masa ini.
"Mereka guna nombor plat fancy sebab inginkan gaya sendiri, kesalahan ini memang antara yang difokuskan," katanya kepada pemberita di sini.
Mohd Hasbullah berkata dalam operasi lebih tiga jam bermula pukul 10 malam dengan disertai 54 anggota dan pegawai itu, pihaknya mengeluarkan 418 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
Operasi yang dijalankan di Jalan Bangsar itu menyasarkan pengguna motosikal yang tidak mematuhi peraturan.
"Operasi ini diadakan bagi mengurangkan aktiviti kurang sihat melibatkan pengguna motosikal terutamanya menjelang Sukan SEA ke-29 tidak lama lagi," katanya.
Selain itu, beliau berkata 12 buah motosikal disita dan dua individu ditahan dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Hasbullah Saidin
#Op Motosikal
#polis
#trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan