Seorang guru agama dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pelajarnya empat tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi Hanif Mohd Ali, 31, pada akhir kes pembelaan.
Dalam penghakimannya, beliau berkata tertuduh didapati telah menyebabkan tekanan pada leher mangsa sehingga oksigen tidak dapat dibekalkan ke otak dan mengakibatkan kecederaan terhadap organ mangsa.
Sewaktu kejadian, hanya tertuduh berada bersama-sama dengan mangsa yang pada masa kejadian hanya berumur tujuh tahun, katanya.
Perbuatan dilakukan itu boleh menyebabkan kematian dan pihak pendakwa raya berjaya membuktikan perbuatan tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati bagi sabitan membunuh, katanya.
Hanif, yang juga warden asrama di Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis dijatuhi hukuman penjara 18 tahun pada Mac 2012 selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian Saiful Syazani Saiful Sopfidee pada 2011.
Mengikut pertuduhan asal, Hanif dituduh membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun pertuduhan itu dipinda kepada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian ketika mahkamah memberikan keputusan pada akhir kes pendakwaan pada Mac 2012.
Namun pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk mengembalikan pertuduhan asal terhadap tertuduh.
Terdahulu, peguam Mohd Shakir Khairi yang mewakili Hanif memohon agar mahkamah mengenakan hukuman lebih ringan memandangkan anak guamnya merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan pengajaran serta pembelajaran Al-Quran.
Katanya tertuduh yang merupakan anak kedua daripada empat beradik juga perlu menjaga ibu dan bapanya yang telah lanjut usia.
Mengikut fakta kes, hasil bedah siasat menunjukkan sebab kematian mangsa adalah kerana hipoksia berikutan tekanan pada leher, selain terdapat pelbagai kesan kecederaan ditemukan pada badan mangsa.
Tertuduh yang ketika itu berusia 27 tahun juga telah memukul mangsa dengan menggunakan tangan dan bertindak menampar serta menolak dada mangsa.
Hanif yang memakai kemeja-T putih, berseluar kelabu serta berkopiah dilihat melambaikan tangan sambil tersenyum kepada anggota keluarganya selepas hukuman dijatuhkan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Badius Zaman Ahmad.
Astro Awani
Sun Mar 01 2015
Hanif dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh seorang pelajarnya pada 2011.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Faisal Halim hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
AWANI Pagi: Harapan Palestin & pupuk sifat sukarelawan anak muda
Ikuti temuramah wartawan Afiezy Azaman dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kaherah, Mesir berkaitan isu Palestin.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Lintasan Karem Shalom dibuka semula
Susulan tindak kejam israel menutup lintasan Rafah, satu-satunya laluan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad
Penasihat keselamatan White House, John Kirby mengesahkan operasi Israel di Rafah bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada Hamas.
Henti serang Rafah, atau tiada gencatan senjata – Hamas
Kumpulan pejuang Hamas, memberi kata putus kepada Israel untuk menghentikan serangan ke atas Rafah, atau ia menarik diri daripada perjanjian gencatan senjata.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Peniaga warung terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Hakim Tengku Maimum mengetepikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.
Tikam rakan kerana dadah, sumbat mayat dalam peti ais
Nicholas McGee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merompak, menyembunyikan mayat dan bahan bukti.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam
Empat rakan sekerja didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
Lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 32 tahun.