MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Julai 2025.
Malaysia mengecam serangan udara terbaharu oleh Israel di Damsyik yang sekali lagi jelas melanggar kedaulatan Syria serta mengorbankan nyawa orang awam yang tidak bersalah.
2. Sultan Selangor titah lantikan hakim-hakim kanan perlu patuh Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah tentang keperluan untuk sentiasa berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 122B yang memperuntukkan tentang proses dan tatacara pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjadikan aktiviti berkuda dan senaman berjalan kaki sebagai antara rutin kecergasan.
Bangkai helikopter PDRM yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah minggu lepas, berjaya dinaikkan sekitar 11 pagi ini dan akan dibawa ke Pasukan Gerakan Udara (PGU) Subang, Selangor.
Kejadian itu disedari pengasuh taska berkenaan kira-kira jam 5 petang ketika mahu memeriksa keadaannya namun disahkan meninggal dunia ketika dirujuk ke Hospital Melaka.
Pendirian DAP kekal konsisten dalam memperjuangkan keadilan buat mendiang Teoh Beng Hock dan keluarganya tanpa pernah berubah sejak 16 tahun lalu.
Penduduk Pangsapuri Seri Nilam, Bandar Baru Ampang menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci serta mengambil tindakan tegas terhadap pelaku kejadian penderaan dan pembunuhan kucing jalanan yang berlaku di kawasan perumahan itu.
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan terhadap seorang warden di pusat pengajian tahfiz atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki, lima tahun lepas.
Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengumumkan Skim Rel Akhir bagi Laluan Lingkaran MRT3 telah diluluskan secara rasmi dan ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
ersekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak boleh dianggap sebagai entiti yang homogen atau sama, memandangkan ketiga-tiga wilayah itu berdepan cabaran yang sangat berbeza.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami