DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Julai 2025.
Satu pakatan negara telah mengumumkan enam tindakan bersepadu dalam bidang diplomatik, undang-undang dan ekonomi terhadap serangan berterusan Israel ke atas Wilayah Palestin Diduduki (OPT), termasuk pemindahan senjata kepada rejim itu.
Perjanjian Pengecualian Visa Bersama China-Malaysia berkuat kuasa secara rasmi mulai hari ini.
Sekurang-kurangnya 50 orang maut dalam kebakaran besar di sebuah pasar raya di bandar al-Kut, Iraq.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN-5 dijangka turun kepada 3.0 peratus pada 2025 dan serendah 1.5 peratus pada 2026 sekiranya kesan kumulatif daripada tarif Amerika Syarikat (AS) berterusan, kata ahli ekonomi.
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) ditutup lebih tinggi pada Rabu selepas Presiden AS Donald Trump menafikan spekulasi mengenai kemungkinan rombakan kepimpinan di Rizab Persekutuan (Fed).
Ratusan rakyat Greece berhimpun pada Rabu di Pelabuhan Piraeus, antara pelabuhan terbesar di Eropah, bagi menghalang penghantaran keluli gred ketenteraan ke Israel.
Tindakan Presiden Donald Trump mencalonkan pengulas politik konservatif yang juga penulis, Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia yang baharu mencetuskan bantahan pelbagai pihak di negara ini.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dijadual mengadakan sesi tergempar pada Khamis susulan serangan udara Israel di wilayah Suwayda dan Damsyik, Syria.
Kadar pengangguran di Britain meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh empat tahun, manakala pertumbuhan upah pula terus perlahan, menurut data rasmi.
New Zealand menyatakan minat untuk menjalin kerjasama lebih erat dengan Malaysia berkaitan industri halal dan memilih negara ini sebagai rakan strategik utama termasuk dalam sektor perdagangan di rantau Asia Tenggara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami