Bergelar guru agama dengan gaji kira-kira RM300 sebulan pada tahun-tahun 70-an boleh boleh dianggap berstatus tinggi dalam masyarakat, namun Hussin Jalani, 72, yakin kedudukan sosioekonominya itu boleh ditambah baik sekiranya menyertai tanah rancangan Felda.
Nekad meninggalkan keselesaan hidup yang dinikmati, Hussin membawa isteri, Normah Abu Bakar, 62 dan dua anak mereka pada masa itu menyertai Felda Lui Timur di sini pada 1979, setahun selepas Felda itu dibuka.
Nyata keputusan Hussin yang lebih dikenali sebagai Ustaz Hussin adalah keputusan tepat kerana kini beliau meraih pendapatan purata sekitar RM4,000 sebulan menerusi ladang kelapa sawit seluas empat hektar yang diberikan oleh Felda.
"Kalau kita kembali kepada keadaan mula-mula masuk ke tanah rancangan dahulu, setiap mereka yang masuk ke tanah rancangan sudahpun membuat satu pengorbanan iaitu meninggalkan kampung halaman dan orang-orang yang dikasihi dengan matlamat untuk mengubah taraf hidup.
"Memang pada peringkat awal kami masuk suasananya agak daif dengan kami diberi sebuah rumah satu bilik tidur dan satu ruang dapur manakala bilik air di luar rumah hanya berpagarkan kepingan zink," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Katanya, semasa beliau menyertai Felda Lui Timur, terdapat 601 peserta pada masa itu.
"Saya sudah 38 tahun menyertai Felda dan sememangnya setiap benda yang baru bermula akan menghadapi kepayahan tetapi secara perlahan-lahan keadaan bertambah baik hasil kerjasama Felda mengolah untuk membangunkan masyarakat dan ekonomi.
"Ini termasuklah keperluan asas seperti sekolah, tadika, masjid dan sebagainya yang dibangunkan secara beransur-ansur dalam tempoh itu hingga ke tahap yang ada sekarang," kata bapa kepada tiga anak ini.
Hussin yang juga berperanan sebagai penceramah motivasi, berkata dengan hasil titik peluhnya di Felda, beliau dapat melancong ke 28 buah negara selain memiliki tanah tapak rumah dan ladang.
"Kalaulah saya masih guru agama dulu, paling tinggi pun saya bersara jadi guru besar dan sekarang saya duduk di sini, saya dah ada harta, geran tanah pun dah ambil tahun 2006 kerana sudah mendapat hak milik," katanya.
Hussin yang juga Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan 2011, berkata beliau kini menikmati kehidupan yang selesa dan tidak gusar dengan masa depan generasi pewaris Felda kerana asas kehidupan telahpun dibina dengan baik oleh generasi pertama.
"Yang nak mengubah nasib kita ini adalah kita, bukan orang lain. Contohnya di sini kita mendapat bantuan hari raya dan bonus tahunan dan bermacam-macam lagi... apa lagi yang kita nak? Dulu di seluruh Felda Lui Timur ini cuma ada tujuh, lapan buah kereta sahaja, motosikal pun dalam 20 buah dan kebanyakan penduduk guna basikal tua.
"Sekarang, setiap rumah ada empat atau lima buah kenderaan dan ada yang saya lihat 12 kereta di rumah seorang peneroka. Saya sendiri ada tiga kereta... apa yang dibuat kerajaan tidak silap, yang silap itu kita," katanya.
Mengenai enam insentif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sambutan Hari Peneroka 23 Julai lepas, Hussin berkata secara peribadinya beliau berasa terkejut kerana tidak menjangka sebanyak itu.
"Ada peneroka yang sangka sekadar pemberian wang tunai sahaja tetapi apabila dengar pengumuman itu ada yang tergamam kerana bagi kami RM5,000 yang diberi itu besar maknanya.
"Keduanya apabila dinyatakan hutang akan dihapuskan RM5,000 itupun kita terperanjat juga, kerana bagi yang sudah banyak bayar balik bermakna mereka tiada hutang lagi dan kemudian diumumkan pula bayaran untuk saham FGV (Felda Global Ventures). Jumlah keseluruhan masyarakat peneroka akan dapat adalah RM11,800 dan ini satu angka yang besar bagi kami," katanya.
Enam insentif yang diumumkan Najib antaranya ialah dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan, insentif pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang memilih untuk tanaman semula melalui Felda melibatkan peruntukan keseluruhan RM519 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2017
HUSSIN: Yang nak mengubah nasib kita ini adalah kita, bukan orang lain.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
AWANI Tonight: PM launches National AI Office
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launches the national artificial intelligence office today, with the aim to position Malaysia as a regional AI hub.
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.