PASIR PUTEH: Guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai dirempuh oleh sebuah kereta dalam kejadian di kilometer 12 Jalan Pasir Puteh - Machang - Grik di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, Wan Ab Hisham Wan Noh, 55, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di kepala.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian seorang pemandu wanita berusia 20 tahun dalam perjalanan dari arah Machang menghala ke Pasir Puteh.
"Setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 39 tahun yang berada dibelakangnya telah hilang kawalan lalu melanggar kereta wanita terbabit di bahagian sisi kiri.
"Akibat pelanggaran itu, menyebabkan kereta dipandu wanita berkenaan hilang kawalan dan telah memasuki laluan bertentangan serta merempuh motosikal yang ditunggang oleh mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, dipercayai wanita terbabit tidak sempat mengelak sehingga menyebabkan mereka bertembung.
Ujarnya, tangkapan telah dibuat terhadap lelaki berkenaan yang merupakan pemandu lori bagi melakukan siasatan lanjut.
Zaizul Rizal memberitahu, hasil pemeriksaan air kencing terhadapnya mendapati dia positif methampetamine. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 15 2023
Guru besar SK Tok Bali maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai dirempuh sebuah kereta di Pasir Puteh pada petang Jumaat. Foto: Ihsan pembaca. Gambar kecil: Wan Ab Hisham Wan Noh. - Foto Sinar Harian
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Guru besar maut angkara pemandu positif dadah
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Wan Ab Hisham Wan Noh, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di kepala.
Guru Besar maut, motosikal langgar Alza terbabas, berpusing
Seorang Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sahom maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta jenis Perodua Alza di Kampar.