awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru dan kakitangan awam perlu patuhi perintah am - Mahdzir Khalid

Bernama
Bernama
29/08/2015
11:31 MYT
Guru dan kakitangan awam perlu patuhi perintah am - Mahdzir Khalid
MAHDZIR: Sesiapa yang hendak menjadi guru, mereka tertakluk kepada Perintah Am. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Guru-guru dan kakitangan awam yang lain tertakluk kepada Perintah Am yang melarang mereka daripada terlibat dengan sebarang perhimpunan haram seperti Bersih 4, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.
Beliau berkata penjawat awam perlu mematuhi serta bertindak selari dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan tidak boleh bertindak bertentangan dengan undang-undang.
"Sesiapa yang hendak menjadi guru, mereka tertakluk kepada Perintah Am yang jelas mengatakan mereka tidak boleh membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan."
Jikalau anda (guru) berbuat sesuatu yang melewati undang-undang, tanggunglah sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Padang Terap di sini, hari Sabtu.
Mahdzir yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap berkata, kakitangan awam termasuk guru-guru perlu bersama-sama dengan kerajaan. Adalah sesuatu yang tidak betul katanya, jika seseorang yang bertugas dan dibayar gaji serta elaun oleh kerajaan berbuat sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan kerajaan.
"Gaji, elaun dan semuanya dibayar (kerajaan), tetapi selepas itu pergi berarak dan menentang kerajaan,'hentam' kerajaan, tak suka kerajaan tetapi balik daripada itu (berarak) pergi ambil gaji daripada kerajaan," katanya.
Terdahulu ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap itu, beliau meminta masyarakat berhati-hati dengan cubaan pihak tertentu yang sedang menyebar api perkauman untuk menimbulkan kebencian satu sama lain.
Katanya, ada pihak sedang berusaha ke arah itu dengan tujuan memastikan agenda menjatuhkan kerajaan Melayu yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu tumbang.
Mahdzir yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata, pihak terbabit daripada dalam dan luar negara menggunakan strategi memburuk-burukkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi isu-isu tertentu.
"Menerusi usaha memburuk-burukkan ini, pihak terbabit berharap rakyat akan hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO itu akan runtuh," katanya.
Topic Berkaitan
#Mahdzir Khalid
#penjawat awam
#Perintah Am
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan