awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ifa Raziah menangis berpisah dengan pembantu rumah, anggap seperti keluarga
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat

Sinar Harian
Sinar Harian
25/05/2024
22:30 MYT
Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail, kes disiasat bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
AMPANG: Polis menjalankan siasatan terhadap seorang guru yang didakwa mendenda beberapa pelajar berdiri di kawasan padang sebuah sekolah dekat sini dalam kejadian pada 30 April lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan sebelum itu dibuat oleh ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.
"Mangsa yang berumur 11 tahun itu mengadu kepada ibunya ketika dijemput pulang dari sekolah kira-kira jam 1.20 petang bahawa dia didenda oleh guru dengan berdiri di kawasan padang yang panas selama lebih dua jam.
"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan kemudiannya mendapati mangsa mengalami kelesuan haba akibat kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, siasatan mendapati guru berumur 37 tahun itu memberi hukuman berkenaan kepada rakan mangsa yang lain.
"Siasatan mendapati mangsa bersama tiga lagi pelajar didenda berdiri selama 10 minit.
"Kertas siasatan berkenaan telah dirujuk Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk penelitian selanjutnya," katanya.
Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Pada Jumaat, tular video di media sosial memaparkan seorang ibu kepada salah seorang pelajar terlibat bersama satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan tidak berpuas hati berkenaan siasatan dan cara pengendalian kes berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#denda pelajar berdiri tengah panas
#siasatan
#guru denda pelajar
#Polis Ampang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan