NATIONAL
Guru didakwa tikam anak dengan niat membunuh

Tertuduh (dua, kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas pada Selasa untuk pendakwaan. - Gambar/ Sinar Harian
PASIR MAS: Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis atas pertuduhan menikam anak lelakinya berusia 11 tahun dengan niat membunuh sehingga mengakibatkan kecederaan.
Ringkasan AI
- Seorang guru, Asrolfandi Ab Suki, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menikam anak lelakinya berusia 11 tahun dengan niat membunuh. Dia mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
- Timbalan Pendakwa Raya memohon agar tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk penilaian psikiatri, dan permohonan tersebut tidak dibantah oleh pihak tertuduh. Hakim membenarkan permohonan itu.
- Kejadian dipercayai berpunca daripada krisis rumah tangga, di mana tertuduh sedang dalam proses penceraian dengan isterinya. Tertuduh telah ditahan reman selama dua minggu bagi membantu siasatan.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Aiysha Na’ilah Harizan memohon agar tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk penilaian psikiatri, dan permohonan tersebut tidak dibantah oleh pihak tertuduh.
Hakim kemudian membenarkan permohonan itu dan memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi pemerhatian psikiatri serta penilaian status mental.
Mahkamah turut menetapkan 15 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tertuduh sebelum ini telah ditahan reman selama dua minggu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Media sebelum ini melaporkan bahawa seorang guru menikam anak bongsunya yang berusia 11 tahun sebanyak dua kali di bahagian dada dan sekali di perut menggunakan pisau pemotong sayur.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada krisis rumah tangga, di mana tertuduh dikatakan sedang dalam proses penceraian dengan isterinya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami