awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
BAM lantik Iskandar Zainuddin sebagai jurulatih perseorangan
SUKAN
Dua anakanda Agong bantu JMR tamatkan perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps
HIBURAN
'Alasanmu' diberi nafas baharu versi 2025 - Exists
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Guru diperintah bela diri amang seksual pelajar dalam surau

Sinar Harian
Sinar Harian
30/06/2025
05:15 MYT
Guru diperintah bela diri amang seksual pelajar dalam surau
Farid Azhar diperintah membela diri atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 13 tahun. -Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang guru diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak murid perempuannya berusia 13 tahun di surau sekolah pada tiga tahun lalu.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang guru, Farid Azhar Nawi, membela diri atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 13 tahun di surau sekolah pada Ogos 2022.
  • Hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di bawah Seksyen 14(a) dan Seksyen 16(c) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
  • Tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah, dan mahkamah menetapkan 18 Julai untuk sebutan semula kes serta 1 dan 14 Ogos sebagai tarikh perbicaraan.

Hakim, Datin Surita Budin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Farid Azhar Nawi, 47.
Beliau ketika membacakan keputusan pada akhir kes pendakwaan berkata, keputusan itu dibuat setelah mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan dan eksibit serta membaca hujahan bertulis daripada kedua-dua belah pihak.
"Pada tahap penilaian secara maksimum, mahkamah memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie bagi pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
"Oleh itu, tertuduh dipanggil untuk membela diri dan diberi tiga pilihan iaitu memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi, memberi kenyataan tidak bersumpah atau berdiam diri," katanya.
Peguam, Nor Azleen Khairina A Aziz memaklumkan tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan cara menyentuh bagi maksud seksual pinggang seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun ketika kejadian yang mana tertuduh mempunyai hubungan amanah sebagai guru.
Kesalahan itu dilakukan pada 4 Ogos 2022 jam lebih kurang 5.30 petang di surau sebuah sekolah menengah di Senawang, di sini.
Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(c) akta yang sama.
Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta penjara lima tahun dan dua sebatan.
Mahkamah kemudian menetapkan 18 Julai untuk sebutan semula kes, manakala 1 dan 14 Ogos untuk tarikh bicara. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Farid Azhar Nawi
#guru amang seksual murid
#surau sekolah
#Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami