awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru maut, kemalangan dalam perjalanan ke sekolah

Sinar Harian
Sinar Harian
11/09/2023
09:10 MYT
Guru maut, kemalangan dalam perjalanan ke sekolah
Kemalangan pada jam 7 pagi itu melibatkan motosikal ditunggang mangsa, Ahmad Syahir Abdul Rahman, 25, dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios dari arah bertentangan. - Gambar/ Sinar Harian
MUAR: Seorang guru meninggal dunia pada Isnin selepas bertarung nyawa lebih 24 jam setelah terlibat kemalangan di Kampung Melayu, Panchor di sini ketika dalam perjalanan mengajar ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kundang Ulu, Ledang pada Ahad.
Kemalangan pada jam 7 pagi itu melibatkan motosikal ditunggang mangsa, Ahmad Syahir Abdul Rahman, 25, dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios dari arah bertentangan.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Muhkhliz Azman Aziz berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan di kepala dan luka-luka di bahagian badan sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.
"Mangsa menerima rawatan HPSF dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Difahamkan pemandu kereta tersebut yang juga dalam perjalanan ke tempat kerja tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, ramai netizen di Facebook Anak-anak Muar Official melahirkan rasa sedih di atas pemergian guru muda itu.
Salah seorangnya, pemilik akaun Hanafi Mohd Taib berkata, mangsa berulang alik dari Kampung Parit Raja di sini ke sekolah tersebut untuk mengajar.
"Mengikut seorang saksi di tempat kejadian, semasa di lokasi kejadian mangsa masih sedarkan diri dan boleh menyebut kalimah syahadah dan kalimah Allah dengan jelas dan tidak putus-putus sehingga diangkat ke dalam ambulan," tulisnya.
Nurul Ain Othman pula menulis: "SK Kundang Ulu tak ramai gurunya, 14 orang sahaja. Dia ibarat adik bongsu kami." - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#guru maut
#ledang
#Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan