Guru yang mempunyai isteri warganegara Thailand dan tinggal di negara tersebut diminta untuk memaklumkannya kepada pihak Kementerian Pendidikan.
Ia bagi memudahkan proses kelulusan ke luar negara untuk sebarang urusan, sepertimana yang diwajibkan kepada setiap penjawat awam untuk mendapatkan kebenaran daripada jabatan masing-masing.
Kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, golongan ini merupakan yang paling kerap berulang-alik keluar negara, dan pasti ada dalam kalangan tersebut yang tidak mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.
Biarpun di Golok atau kawasan berhampiran sempadan negara, ia tetap perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan supaya ada rujukan sekiranya berlaku sebarang kejadian.
"Isytihar sahaja kalau ada isteri di Golok atau di mana-mana bahagian lain di luar negara.
"Ia menjadi satu kesalahan sekiranya pergi tanpa pengetahuan, dikhuatiri berlaku apa-apa yang tidak diingini," katanya selepas menghadiri majlis bersama pengetua dan guru besar sekolah-sekolah negeri Kelantan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian seorang guru ditemui mati lemas di Sungai Golok sempadan Malaysia-Thailand pada 28 Februari.
Mangsa, Azami Mohamed, 38, dari Kampung Pasir Kelang Baru, Kuala Krai, Kelantan itu didapati tidak membuat permohonan untuk ke luar negara sebelum ini.
Jelasnya, guru atau mana-mana penjawat awam melanggar arahan tersebut berdepan tindakan tegas termasuk tidak akan mendapat manfaat sebagai penjawat awam termasuk wang pencen.
Dalam perkembangan berkaitan, Mahdzir memaklumkan setakat ini 20,000 permohonan daripada guru yang berhasrat berpindah kerana berjauhan dengan pasangan.
Daripada jumlah itu, 1,800 kes telah diselesaikan sejak tahun lepas hingga hari ini.
Muhafandi Muhamad
Sun Mar 20 2016
MAHDZIR: Biarpun di Golok atau kawasan berhampiran sempadan negara, ia tetap perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima pemakluman Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Guru perlu maklumkan kalau ada isteri di Thailand - Menteri Pendidikan
Ia bagi memudahkan proses kelulusan ke luar negara untuk sebarang urusan, sepertimana yang diwajibkan kepada setiap penjawat awam.