awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru sayu lihat murid tinggal dalam khemah bawah jejambat

Sinar Harian
Sinar Harian
12/10/2018
07:57 MYT
Guru sayu lihat murid tinggal dalam khemah bawah jejambat
Sebuah keluarga terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dengan berteduh di bawah jejambat sekitar kawasan Desa Park City, Kepong. -Foto Sinar Harian
Sebuah keluarga terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dengan berteduh di bawah jejambat sekitar kawasan Desa Park City, Kepong.
Menerusi foto yang tular di media sosial, keluarga terbabit dilihat terpaksa berteduh di dalam sebuah khemah usang yang terletak di bawah jejambat berkenaan.
Difahamkan, foto menyayat hati itu ditularkan oleh seorang pengguna Facebook, Amaliah Ibrahim yang juga merupakan guru kepada salah seorang anak ahli keluarga malang tersebut.
Menurut Amaliah, khemah kecil di bawah jejambat itu merupakan tempat berteduh buat salah seorang anak muridnya yang sudah beberapa hari tidak hadir ke sekolah.
“Sudah beberapa hari (dia) tidak hadir ke sekolah. Hari ini kami terjah melalui jalan onak duri dan lumpur untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju.
“Allahuakbar, sedih.. sayu. Insya-Allah kami pihak bertanggungjawab akan cuba membantu secepat mungkin,” tulisnya.
Dalam pada itu, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi mereka pada 22 September lalu menjelaskan bahawa pihaknya telah menerima aduan mengenai keluarga malang itu.
Menerusi kenyataan berkenaan, difahamkan pasangan suami isteri terbabit bersama lima orang anaknya terpaksa menetap di bawah jejambat terbabit selepas gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mereka di Flat Flora Damansara.
“Encik Ali bekerja sebagai kerani manakala isterinya suri rumah. Pasangan ini pernah menerima bantuan deposit rumah daripada Lembaga Zakat Selangor sebelum ini.
“Skuad Baitulmal MAIWP akan membantu keluarga ini sebaiknya agar beban ditanggung mereka dapat diringankan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Amaliah Ibrahim
#berteduh dalam khemah
#Desa Park City
#foto menyayat hati
#jejambat
#khemah kecil
#MAIWP
#Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan