awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru terbaik, pengalaman luas perlu diberi peranan teraju aspek PdP dalam talian - Tun Mahathir

Bernama
Bernama
24/07/2022
10:49 MYT
Guru terbaik, pengalaman luas perlu diberi peranan teraju aspek PdP dalam talian - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, sistem pendidikan semasa perlu bergerak selari dengan perubahan yang berlaku, bagi memenuhi keperluan pelajar dan generasi akan datang. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyarankan agar guru terbaik dan berpengalaman luas ditugaskan menerajui penyediaan bahan-bahan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian.
"... untuk bergantung kepada guru sahaja tanpa sebarang persediaan mengajar menerusi platform ini, beberapa pelajar mungkin peroleh kelebihan apabila guru terlibat cekap dalam aspek pengajaran sedemikan, namun sesetengah pelajar mungkin tidak, apabila guru terlibat tidak cekap mengendalikannya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program 'Wacana Hala Tuju Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian Negara' di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata dengan kemajuan teknologi, sistem pendidikan semasa perlu bergerak selari dengan perubahan yang berlaku, bagi memenuhi keperluan pelajar dan generasi akan datang.
"Aspek paling penting dalam pengajaran pastinya adalah dalam membekalkan para pelajar dengan ilmu pengetahuan, namun selain itu kita juga perlu memastikan bahawa karekter yang terlibat adalah sesuai untuk memanfaatkan ilmu," tambahnya.
"Ini kerana sekiranya karekter yang baik tidak disemai dalam kalangan pelajar, mereka mungkin akan menyalah guna ilmu pengetahuan yang mereka peroleh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir
#Pendidikan Malaysia
#Pdp dalam talian
#guru terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan