awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru tular terlantar di Hospital Tawau, meninggal dunia

Bernama
Bernama
26/07/2017
07:09 MYT
Guru tular terlantar di Hospital Tawau, meninggal dunia
Berita seorang guru dari Kelantan terlantar di Hospital Tawau tanpa penjagaan keluarga selain turut kehilangan duit serta telefon mudah alihnya di hospital adalah tidak tepat. - Foto www.etawau.com
Seorang guru lelaki yang terlantar di Hospital Tawau dan menjadi tular dalam media sosial, meninggal dunia di hospital di sini, malam tadi.
Pengerusi Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia) Tawau, Zakaria Abd Rashid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan berkata Khairul Anuar Mohd Ghazali, 34, meninggal dunia pada 10 malam tadi.
Menurut Zakaria, jenazah disolatkan di Masjid Raya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 3, Jalan Apas di sini selepas solat Zohor hari ini.
Semalam Pengerusi Perakan Malaysia Sabah Mohd Ariff Yusoff menyelar tindakan pihak tertentu yang menyebar maklumat tidak tepat kononnya seorang guru berasal dari Kelantan terlantar di Hospital Tawau selama tiga bulan tanpa penjagaan keluarga selain turut kehilangan duit serta telefon mudah alihnya di hospital.
Mohd Arif berkata maklumat tular itu tidak jelas, bersifat fitnah dan memalukan banyak pihak termasuk rasa kurang senang dalam kalangan keluarga guru tersebut dan rakan sekerja.
Kad pengenalan tertera nama arwah dan gambar seorang lelaki dalam keadaan terbaring di katil hospital Tawau tular di media sosial sejak dua hari lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru
#media sosial
#meninggal dunia
#Perakan Malaysia
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan