awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina

Bernama
Bernama
29/03/2024
13:05 MYT
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata guru wanita itu, perlu mematuhi sepenuhnya proses siasatan kes itu yang dijalankan oleh pihak polis terlebih dahulu dan kemudiannya Kementerian Pendidikan (KPM). - Gambar fail/BERNAMA
NIBONG TEBAL: Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata guru wanita itu, perlu mematuhi sepenuhnya proses siasatan kes itu yang dijalankan oleh pihak polis terlebih dahulu dan kemudiannya Kementerian Pendidikan (KPM).
"Ketika ini kami (KPM) mengambil pendekatan untuk melindungi anak-anak kita sepenuhnya, jadi guru itu tidak ada langsung kaitan atau pun akses kepada para pelajar, dia direhatkan sehingga siasatan selesai.
"Dia kena mematuhi sepenuhnya proses siasatan terlebih dahulu, jadi buat masa sekarang ini siasatan polis dan dakwaan, barulah kita boleh ambil tindakan di peringkat KPM," katanya kepada pemberita selepas Majlis Buka Puasa bersama Ahli Parlimen Nibong Tebal di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, di sini malam ini.
Pada majlis itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal turut menyampaikan sumbangan kepada 21 buah masjid dan 56 buah surau, membabitkan peruntukkan RM140,000.
Media sebelum ini melaporkan, KPM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru wanita yang didakwa menjalin hubungan dengan pelajarnya yang berusia 17 tahun, selepas siasatan polis selesai.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilaporkan berkata pihaknya telah merakam keterangan guru wanita berusia 37 tahun itu.
Ibu mangsa membuat laporan polis pada 12 Dis lepas, mendakwa suspek mencabul anaknya ketika mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru wanita
#cabul pelajar
#direhatkan
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan