awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wanita rugi RM2,000 selepas kereta dirempuh dari belakang, beg tangan dilarikan

Bernama
Bernama
16/01/2024
12:59 MYT
Guru wanita rugi RM2,000 selepas kereta dirempuh dari belakang, beg tangan dilarikan
Polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi talian 013-9071709 bagi membantu siasatan.
SANDAKAN: Seorang guru wanita kehilangan pelbagai barang bernilai RM2,000 apabila beg tangannya dilarikan seorang lelaki yang merempuh kereta yang dipandunya di persimpangan Jalan Jambatan Merah dan Jalan Utara di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 pagi apabila kenderaan yang dipandu guru berumur 47 tahun itu dirempuh sebuah kereta Toyota Camry dari belakang, sebelum pemandu kedua-dua kenderaan terlibat bergaduh, dan suspek cuba memukul wanita itu dengan sebatang kayu.
"Kedua-dua mereka bergelut, dan suspek kemudiannya merampas beg tangan guru berkenaan sebelum melarikan diri dengan kereta Toyota Camrynya. Guru wanita itu tidak mengalami kecederaan, dan terus ke balai polis Sandakan untuk membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat dengan menelefon 013-9071709 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#guru wanita
#kereta dirempuh
#Sandakan
#penjenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan