awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran Trump kepada Republikan: "Jika kalah pilihan raya pertengahan penggal, saya akan dipecat"
"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wanita rugi RM604,000 ditipu sindiket pelaburan mesin perjudian

Bernama
Bernama
21/11/2025
15:15 MYT
Guru wanita rugi RM604,000 ditipu sindiket pelaburan mesin perjudian
Azizee berkata wanita tempatan berusia 57 tahun itu, membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, semalam. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Seorang guru kerugian RM604,000 selepas wanita itu menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian berkonsepkan mesin perjudian, baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Guru wanita di Pulau Pinang menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menggunakan konsep mesin perjudian.
  • Mangsa kerugian sebanyak RM604,000 selepas diminta melabur dengan janji keuntungan sehingga 350 peratus dalam sebulan.
  • Kes penipuan tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu, setelah mangsa gagal membuat pengeluaran keuntungan sebanyak RM1.8 juta yang dijanjikan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata wanita tempatan berusia 57 tahun itu, membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, semalam.
"Menurut guru itu, pada Ogos lepas dia telah dimasukkan ke dalam satu kumpulan aplikasi Whatsapp iaitu 'pelaburan sentosa' oleh seorang lelaki yang dikatakan sebagai ejen pelaburan berkenaan.
"Pelaburan yang ditawarkan berkonsepkan mesin judi dan menawarkan keuntungan tinggi, mangsa telah diberikan penerangan berkaitan pelaburan itu yang menjanjikan keuntungan sehingga 350 peratus dalam tempoh satu bulan daripada jumlah modal yang dilaburkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa berminat untuk menyertai pelaburan itu dan telah diminta untuk melayari satu laman web melalui link yang diberikan iaitu https://weeeb.mbsc7cub.com/ bagi pendaftaran keahlian serta melabur dalam pelaburan tersebut.
Azizee berkata ekoran percaya dengan pelaburan yang ditawarkan itu, guru wanita tersebut telah melakukan 20 kali transaksi pemindahan duit ke dalam lima akaun milik syarikat yang berbeza membabitkan nilai RM604,000 sejak 2 Okt hingga 31 Okt.
Beliau berkata mangsa yang menyedari telah ditipu apabila gagal membuat pengeluaran keuntungan berjumlah RM1.8 juta yang diperoleh dalam aplikasi yang disertainya tersebut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksan iaitu tipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WhatsApp
#sindiket
#guru
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan