Guru wanita rugi RM604,000 ditipu sindiket pelaburan mesin perjudian

Azizee berkata wanita tempatan berusia 57 tahun itu, membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, semalam. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Seorang guru kerugian RM604,000 selepas wanita itu menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian berkonsepkan mesin perjudian, baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Guru wanita di Pulau Pinang menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menggunakan konsep mesin perjudian.
- Mangsa kerugian sebanyak RM604,000 selepas diminta melabur dengan janji keuntungan sehingga 350 peratus dalam sebulan.
- Kes penipuan tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu, setelah mangsa gagal membuat pengeluaran keuntungan sebanyak RM1.8 juta yang dijanjikan.
"Pelaburan yang ditawarkan berkonsepkan mesin judi dan menawarkan keuntungan tinggi, mangsa telah diberikan penerangan berkaitan pelaburan itu yang menjanjikan keuntungan sehingga 350 peratus dalam tempoh satu bulan daripada jumlah modal yang dilaburkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa berminat untuk menyertai pelaburan itu dan telah diminta untuk melayari satu laman web melalui link yang diberikan iaitu https://weeeb.mbsc7cub.com/ bagi pendaftaran keahlian serta melabur dalam pelaburan tersebut.
Azizee berkata ekoran percaya dengan pelaburan yang ditawarkan itu, guru wanita tersebut telah melakukan 20 kali transaksi pemindahan duit ke dalam lima akaun milik syarikat yang berbeza membabitkan nilai RM604,000 sejak 2 Okt hingga 31 Okt.
Beliau berkata mangsa yang menyedari telah ditipu apabila gagal membuat pengeluaran keuntungan berjumlah RM1.8 juta yang diperoleh dalam aplikasi yang disertainya tersebut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksan iaitu tipu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


