SEREMBAN: Seorang guru wanita mengalami kerugian RM276,000 selepas menjadi mangsa Macau Scam, apabila ditipu kononnya dia didakwa melakukan kesalahan dan perlu membuat beberapa pembayaran bagi menguruskan kesnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Supt Aibee Abd Ghani berkata, wanita berusia 41 tahun itu telah membuat pinjaman bank di samping meminjam wang daripada rakannya serta mengeluarkan wang simpanan untuk membuat pembayaran berkenaan.
Beliau berkata, ia bermula apabila wanita itu dihubungi individu yang mengaku kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) awal bulan ini, yang memberitahu kononnya dia melakukan kesalahan kerana membeli ubat dalam kuantiti berlebihan.
Menurutnya, panggilan itu kemudian kononnya disambungkan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perak dan disusuli dengan beberapa lagi tuduhan lagi sehingga wanita itu percaya dan bersetuju untuk memasukkan wang ke beberapa akaun.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, dalam tempoh antara 11 April dan semalam, wanita itu telah membuat transaksi ke beberapa akaun berjumlah RM276,000, dan dia berasa ditipu apabila semasa mencuba menghubungi pihak berkenaan, panggilannya tidak berjawab, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, dalam kes berasingan Aibee berkata, sepasang suami isteri warga emas berumur 69 dan 64 tahun kerugian RM30,000 selepas diperdaya seorang suspek, kononnya mereka telah memenangi wang tunai RM500,000 melalui nombor ekor di Bahau, Jempol.
"Pengadu dan isteri mempercayai hal itu dan dibawa suspek ke Maybank Kuala Pilah bagi melakukan pengeluaran wang untuk membuat pembayaran, kononnya sebagai proses bagi mendapatkan wang RM500,000.
"Kedua-dua mereka menaiki kenderaan individu itu ke Maybank Kuala Pilah dan membuat pengeluaran RM25,000 melalui kaunter, dan seterusnya membuat pengeluaran wang tunai melalui ATM sebanyak RM5,000," katanya.
Katanya, selepas serahan wang tunai dilakukan di dalam kenderaan suspek, dan pasangan itu dibawa ke sebuah bank di Bahau, kemudian ditinggalkan. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022

Seorang guru wanita mengalami kerugian RM276,000 selepas menjadi mangsa Macau Scam, apabila ditipu kononnya dia didakwa melakukan kesalahan dan perlu membuat beberapa pembayaran bagi menguruskan kesnya.

Sindiket nikah 'Ustaz Zul' tumpas
Seramai 16 individu termasuk isteri dan anak kepada lelaki terbabit yang mendakwa dirinya sebagai jurunikah bertauliah ditahan.

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

Kedai di Kampung Masjid Iboi terbakar
Kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus rumah kedai kelas A terbabit.

Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan
Nurul Anis memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Niaga AWANI: Ekonomi | Impak kenaikan OPR kepada pinjaman
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 25 mata asas bagi mengawal inflasi barangan, kata Perancang Kewangan Berlesen, Rafiq Hidayat Mohd Ramli. Menurut, ada kemungkinan besar bank akan menghantar surat kepada peminjam kadar berubah mengenai bayaran bulanan naik susulan jangkaan kenaikan OPR itu.

Suspek tikam ibu kandung direman 7 hari
Penahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dengan dolar AS memandangkan dolar terus mengukuhkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat.

Niaga AWANI: Segera batalkan pengharaman eksport ayam
Sekatan eksport ayam ke Singapura hanya akan menyebabkan kehilangan pasaran sedia ada sekiranya ia berlanjutan, seterusnya merugikan negara ini, kata Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng.

Jenayah komersial di N.Sembilan meningkat 6.87 peratus
Kes jenayah komersial di Negeri Sembilan meningkat 6.87 peratus dengan 839 kes direkodkan sejak Januari hingga Mei tahun ini berbanding 785 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Macau Scam: Wang pencen RM20,000 pesara KKM lesap
Kes bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon berkenaan bungkusan barangan penghantaran ke Sabah.

Wanita warga emas rugi RM134,503 ditipu Macau Scam
Seorang wanita warga emas kerugian RM134,503 kerana menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa dia membuat pembelian wang digital bitcoin dalam kejadian baru-baru ini.

Polis Melaka kesan taktik baharu Macau Scam guna dokumen palsu
Dokumen palsu yang kononnya ditandatangani Ketua Polis Melaka itu diterima mangsa berusia 24 tahun menerusi WhatsApp semalam.

Simpanan RM670,000 lebur ditipu 'Ah Seng'
Wanita berusia 77 tahun itu menerima panggilan daripada lelaki yang menyamar polis menerusi aplikasi WhatsApp pada 15 Mei lalu.

Ditipu 'wakil klinik kesihatan', mekanik di Jempol rugi RM70,000
Seorang mekanik di Jempol mendakwa kerugian RM70,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai wakil dari klinik kesihatan dan pegawai polis pada 25 Mei lepas.

Macau Scam: Pelayan restoran kerugian lebih RM94,000
Mangsa dihubungi oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pekerja pejabat pos mengenai bungkusan atas nama mangsa.

Peneroka rugi RM39,000 diperdaya Macau Scam
Seorang peneroka di Jempol mendakwa kerugian RM39,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis pada 7 Mei lepas.

Macau Scam: Pesara syarikat telekomunikasi kerugian RM60,000
Mangsa dimaklumkan kononnya di dalam bungkusan tersebut terdapat kad pengenalan, kad ATM dan cek atas nama mangsa.

Diperdaya serah 'username' dan 'password', pembantu tadbir rugi lebih RM30,000
Seorang pembantu tadbir di Port Dickson mendakwa kerugian RM38,480 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak syarikat kurier.