awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hab PMKS diwujudkan di Sabah, Sarawak tahun depan - KUSKOP

Bernama
Bernama
27/11/2024
20:15 MYT
Hab PMKS diwujudkan di Sabah, Sarawak tahun depan - KUSKOP
EWON: Sebuah hab akan diwujudkan di Sabah dan sebuah lagi di Sarawak sebagai tambahan kepada Hab PMKS sedia ada di Semenanjung. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hab Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) akan diwujudkan di Sabah dan Sarawak tahun depan bagi meningkatkan akses maklumat perusahaan berkenaan kepada golongan usahawan di kedua-dua negeri itu.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata hab di bawah seliaan SME Corporation Malaysia (SME Corp) itu akan bertindak sebagai platform pusat maklumat sehenti bagi PMKS memperoleh pelbagai maklumat mengenai perniagaan.
"Ini termasuklah maklumat mengenai permulaan perniagaan, akses pasaran pembangunan modal insan, sumber kewangan dan mempelajari amalan terbaik dalam perniagaan.
"Sebuah hab akan diwujudkan di Sabah dan sebuah lagi di Sarawak sebagai tambahan kepada Hab PMKS sedia ada di Semenanjung," katanya dalam kenyataan selepas menghadiri Hari Terbuka @Hab PMKS SME Corp Malaysia, di sini.
Beliau berkata sesi seumpama itu diharap memberi manfaat kepada usahawan kerana sektor PMKS telah menyumbang RM19 bilion cukai kepada hasil negara.
Sempena Hari Terbuka @Hab PMKS bertemakan 'KUSKOP dan Agensi Memperkasakan PMKS' itu, beberapa taklimat diadakan antaranya berhubung Status PMKS dan Penerapan SCORE oleh SME Corp, Latihan dan Bimbingan Keusahawanan oleh Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) serta Transformasi Perniagaan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
"Sesi khidmat nasihat dan networking daripada Bank Rakyat bertajuk 'Bank Rakyat Memacu Pemerkasaan dan Kelestarian Usahawan MADANI' dan Pembiayaan Bersama OCBC Al-Amin Bank Berhad, turut diadakan pada program berkenaan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hab PMKS
#Sabah dan Sarawak
#Ewon Benedick
#pusat maklumat sehenti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan