awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadi Awang, 4 MB negeri PN jumpa Tun M

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2023
22:15 MYT
Hadi Awang, 4 MB negeri PN jumpa Tun M
Muhammad Sanusi (tiga dari kiri), Abdul Hadi (empat dari kiri), Mahathir (tengah), Ahmad Samsuri (empat dari kanan), Mohd Nassuruddin (tiga dari kanan), Mohd Shukri (dua dari kanan) dan Takiyuddin (kanan) pada pertemuan dengan Dr Mahathir.
KUALA LUMPUR: Perancangan pembangunan ekonomi negeri-negeri di bawah pemerintahan Pas merupakan agenda perbincangan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan empat Menteri Besar daripada Perikatan Nasional (PN) yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas Perdana Menteri itu menerima kunjungan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli di kediaman beliau.
Turut serta dalam pertemuan itu ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Menurut Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Datuk Khairuddin Abu Hassan, pada pertemuan itu, Dr Mahathir berpandangan negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas mempunyai pelbagai potensi untuk dibangunkan setaraf kemajuan negeri di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia.
“Perjumpaan selama satu jam 30 minit ini berjalan dalam suasana yang amat mesra disusuli dengan hidangan minum petang bersama Dr Mahathir,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada Sabtu.
Sebelum ini, Dr Mahathir cenderung menyokong PN ketika kempen pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung pada 12 Ogos lalu dengan menggesa pengundi memberikan kemenangan kepada gabungan itu.
Pada PRN berkenaan, PN berjaya mempertahankan tiga negeri iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Topic Berkaitan
#Tun M
#empat Menteri Besar PN
#Abdul Hadi Awang
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan