awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ukraine sasar integrasi penuh dalam pasaran tenaga Eropah pada 2027
JANM jayakan semua projek di Kampung Angkat MADANI di Batu Pahat
LPPB bina 29,443 PAKR di Sabah sepanjang enam dekad - Hajiji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadiah DBKL untuk golongan bujang B40, sewa bilik serendah RM100 sebulan

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2019
21:38 MYT
Hadiah DBKL untuk golongan bujang B40, sewa bilik serendah RM100 sebulan
Sebuah bangunan lama di Jalan Tuanku Abdul Rahman akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing dengan 120 buah bilik, bagi menjayakan konsep 'capsule hotel' di bawah inisiatif ini. - Gambar hiasan
Golongan bujang berpendapatan rendah yang tinggal di ibu kota bakal menikmati kadar sewa bilik serendah RM100 sebulan menerusi skim 'micro-housing' mulai tahun ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dilaporkan berkata, inisiatif itu diperkenalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu mengurangkan beban golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran mencari bilik sewa ketika bekerja di sekitar ibu kota.
"Kami akan membuat konsep seperti 'capsule hotel' yang mana sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dikenalpasti dan akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing mempunyai 120 buah bilik.
"Dua blok bangunan itu boleh menampung sehingga 200 penghuni dan mereka akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100," katanya ketika wawancara '100 hari Datuk Bandar Kuala Lumpur' di sini, pada Selasa, menurut laporan Bernama.
Bagaimanapun, Nor Hisham dipetik berkata, penghuni bangunan itu tidak dibenarkan memasak.
"Kerja-kerja pengubahsuaian mula dilakukan sejak dua minggu lalu dan peruntukan untuk tujuan ini adalah di sekitar RM5 juta hingga RM10 juta.
"Kami menjangkakan ia akan siap dalam pertengahan tahun ini dan akan mula membuka permohonan kepada golongan bujang dalam tempoh yang sesuai," katanya.
Katanya penghuni 'micro-housing' dikehendaki berpindah jika mereka berkahwin atau membeli rumah.
"Kami akan membuka permohonan secara 'online' menerusi iklan DBKL. Buat masa sekarang kami akan tertumpu kepada bangunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kami akan memperluaskan program ini ke kawasan lain di ibu kota jika ada permintaan tinggi," katanya.
Topic Berkaitan
#B40
#beli rumah
#bilik sewa
#bujang
#capsule hotel
#Datuk Bandar
#DBKL
#Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#Jalan Tuanku Abdul Rahman
#kahwin
#kerja pengubahsuaian
#masak
#micro-housing
#Nor Hisham Ahmad Dahlan
#pendapatan rendah
#permohonan online
#pindah
#sewa bilik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan