POLITICS
'Hadkan kuasa Zahid Hamidi tentukan calon PRU15' - UMNO Jeli

Abdul Aziz berkata, sudah sampai masa UMNO mengehadkan kuasa presiden dalam menentukan calon PRU. - Gambar/ Astro AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Satu mekanisme baharu perlu dilaksanakan oleh UMNO dengan tidak memberi kuasa 100 peratus kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menentukan calon pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Abdul Aziz Derashid berkata, keputusan presiden parti perlu dibuat berdasarkan cadangan peringkat jawatankuasa bahagian dan cawangan yang mengemukakan calon untuk bertanding di kawasan masing-masing.
Jelasnya, pihak berkenaan lebih mengenali individu yang layak dilantik menjadi calon mengikut pilihan akar umbi dan rakyat di kawasan itu.
"Kepimpinan parti peringkat bahagian tidak perlu terlampau gusar isu watikah pencalon (cadangan calon ditolak) hanya kerana bukan pilihan Ahmad Zahid.
"Isu watikah perlu ada mekanisme, buat satu bentuk baharu. Kadang-kadang kita nampak ada ketua bahagian hebat melawan arus dengan Presiden tetapi di kawasan dia tidak ada masalah. Ini isu yang terjadi, bila letak orang lain (bertanding), mungkin kalah di kawasan itu.
"Jadi kena ubah cara supaya pencalonan dibuat oleh bahagian, kemudian barulah presiden boleh keluarkan watikah. Bukan saya hendak kata presiden tidak kenal siapa, tetapi ini yang menyebabkan
ada calon payung terjun yang tidak diketahui dari mana datangnya," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami