KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat memerintahkan syarikat pelancongan Hajar Sazrul Travel & Tours Sdn Bhd (HSTT) membayar baki bayaran pakej haji menggunakan visa furada berjumlah RM634,000 kepada 25 bekas pelanggannya.
Mereka terdiri daripada kumpulan 15 individu yang telah berlepas ke Jeddah selepas menerima e-visa namun terkandas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz kerana visa terbabit adalah palsu manakala 10 lagi belum berlepas kerana tidak menerima e-visa walaupun sudah menjelaskan semua bayaran pakej haji dalam insiden pada 2019.
Menerusi keputusan yang disampaikan secara dalam talian, Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan kesemua 25 individu selaku plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Loke turut menolak tuntutan balas defendan iaitu ganti rugi sebanyak RM479,350 dan memerintahkan syarikat itu membayar kos RM75,000 kepada kesemua plaintif.
Peguam Khairun Niza Husnin, yang mewakili kesemua plaintif, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata kesemua plaintif lega dan bersyukur dengan keputusan itu dan berharap pihak pengurusan HSTT dapat menguruskan bayaran penghakiman seperti yang diarahkan.
"Ini kerana ada plaintif daripada golongan tua, tidak lagi bekerja dan berpendapatan rendah serta mereka hanya menuntut hak mereka berikutan kemungkiran kontrak di pihak HSTT," katanya.
Visa furada adalah visa yang diuruskan sendiri dan dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh menerusi Tabung Haji.
Menerusi saman yang difailkan pada Ogos 2020, plaintif mendakwa sekitar 2019, mereka telah dipelawa menyertai pakej haji furada bagi tahun itu dan diberikan jaminan bahawa wang akan dipulangkan sekiranya pakej itu gagal.
Kesemua plaintif kemudian membayar pakej masing-masing yang secara keseluruhannya berjumlah RM795,000.
Pada 31 Julai 2019, defendan memaklumkan bahawa e-visa dikeluarkan kepada sebahagian jemaah termasuk 15 plaintif manakala mereka yang tidak menerima visa mendakwa telah dipelawa untuk mendapatkannya melalui kuota Visa Raja Salman dengan membayar RM7,000 setiap seorang.
Jemaah yang menerima e-visa telah memulakan perjalanan ke Jeddah pada 5 Ogos 2019 tanpa diiringi mutawif.
Bagaimanapun, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, kesemua jemaah termasuk 15 plaintif telah gagal melepasi kaunter Imigresen selepas imbasan terhadap e-visa terbabit memaparkan identiti individu berbeza.
Selepas 24 jam ditahan dan terpaksa tidur di atas lantai serta kerusi, kesemua jemaah telah diarah pulang ke Malaysia pada 7 Ogos 2019 selain wajib melaksanakan Tahallul Ihsar (denda) kerana tidak dapat menyempurnakan ibadah haji yang telah diniatkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan. - Gambar hiasan
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia kekal tidak hantar jemaah haji, termasuk visa Furada - Dr Zulkifli
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pembatalan itu turut terpakai kepada pemegang visa jemputan Arab Saudi atau visa Furada.
PAPUH rayu kerajaan luluskan jemaah haji visa Furada
Pihaknya sedia mematuhi segala garis panduan yang akan ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi dalam memastikan mereka yang mendapat visa Furada dapat menunaikan ibadah tersebut.