Malaysia menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang cemerlang menguruskan lebih dua juta jemaah dari seluruh dunia pada musim haji tahun ini.
Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Arab Saudi.
Pada Sabtu di sini, Asyraf Wajdi yang mewakili kerajaan Malaysia, bersama wakil kerajaan negara lain, menghadap Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota, Putera Mohamad Salman.
Sementara pada Jumaat, beliau mengetuai delegasi Lembaga Tabung Haji (TH) mengadakan pertemuan rasmi dengan Gabenor Makkah Putera Khalid al-Faisal Al-Saud.
Pada kedua-kedua pertemuan itu, Asyraf Wajdi turut menyampaikan penghargaan dan terima kasih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, atas layanan diberikan kerajaan Arab Saudi kepada jemaah haji Malaysia.
Asyraf Wajdi berkata beliau juga menyampaikan hasrat kerajaan mempelawa Putera Mohamad datang ke Malaysia untuk merasmikan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Kuala Lumpur.
"Dalam pertemuan itu, Putera Mohamad dalam gurauannya menyatakan, ini janji saya kepada Perdana Menteri (Najib) dan (Menteri Pertahanan) Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein), 'sudah tentu saya tidak pernah melanggar janji'...ia sesuatu yang positif dalam suasana amat ceria," katanya.
Beliau berkata usaha kerajaan Arab Saudi mengendalikan pergerakan jemaah haji terbesar dalam tempoh lima hari melibatkan empat kawasan utama -Masjidilharam, Arafah, Muzdalifah dan Mina - bukannya sesuatu yang mudah, dan disifatkannya sebagai 'amat luar biasa''.
Dalam pada itu, ketika pertemuan dengan Putera Khalid al-Faisal di pejabatnya, Asyraf Wajdi mengambil peluang memaklumkan secara rasmi hasrat dan cadangan Malaysia melalui TH untuk bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi berhubung pembinaan Kompleks TH di Makkah.
Beliau berkata kompeks itu dijangka mampu menampung keseluruhan jemaah haji Malaysia sepertimana pernah dibincangkan Perdana Menteri dengan Raja Salman ketika lawatan rasmi baginda ke Malaysia, Februari lepas.
"Dengan adanya kerjasama itu akan menjadikan usaha pengurusan haji Malaysia lebih efisien dan mampu mengurangkan kos pengurusan haji untuk jangka panjang," katanya.
Turut hadir dalam pertemuan itu Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Zainol Rahim Zainuddin, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah serta beberapa Anggota Lembaga Pengarah TH.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2017
Kerajaan Arab Saudi menguruskan lebih dua juta jemaah dari seluruh dunia pada musim haji tahun ini. - Gambar fail
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.